Nasir Bilal Khan Nafi Sertai Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 12:07 AM

Nasir bertegas tidak menyokong mana-mana parti politik negara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nasir Bilal Khan berharap foto dia bersama dua wanita memegang bendera parti pembangkang PAS yang tersebar di internet tidak perlu diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.

Nasir, 54,  berkata, ia sekadar sekeping foto bersama peminat yang dirakam beberapa tahun lalu di Kedah dan tiada kaitan dia terlibat dengan parti politik berkenaan.

"Perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Foto biasa sahaja dengan peminat.

"Bagi saya tidak kiralah peminat datang daripada mana-mana parti sekalipun, jika mereka mahu bergambar dengan saya, apa salahnya.

"Diharap foto itu tidak memberi sebarang persepsi negatif," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa.

Sebuah portal pada Selasa memaparkan foto Nasir bersama dua wanita memegang bendera parti PAS.

fq
Foto Nasir bersama dua peminat wanita yang kononnya sedang berada pada acara kempen parti pembangkan PAS.
  

Pelakon itu dikatakan dilihat seperti sedang menghadiri sebuah kempen untuk parti pembangkang tersebut.Foto tersebut membuatkan ramai berpendapat Nasir kini menyertai dunia politik.


Sementara itu, Nasir berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak menyertai mana-mana parti politik mahupun sekadar menjadi ahli kerana risau sekiranya dianggap menyebelahi mana-mana pihak.

"Saya memang tidak mahu menjadi ahli mana-mana parti.

"Bagi saya, sebagai seniman, kita perlu berada di tengah-tengah dan akan bersuara jika ada perkara yang tidak disenangi.

"Ada artis lebih suka bersuara lantang mengenai rasa tidak puas hati mereka, tetapi saya lebih senang meluahkannya menerusi karya seni lakonan yang dibawakan," tegasnya.
Tags / Kata Kunci: Nasir Bilal Khan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan