Penerbit 'Projek Kahwin' Akan Pastikan Tiada Masalah Bayaran Artis

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 12:05 AM

 wadw

Barisan pelakon teater Projek Kahwin iaitu dari kiri, Shah Iskandar, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Kilafairy dan Izzue Islam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak penerbit teater Projek Kahwin iaitu Mask Team akan memastikan insiden kelewatan pembayaran kepada artis tidak akan berulang seperti mana berlaku pada teater Maduku Kalut sebelum ini.

Penerbitnya, Mohd Amer Syafiq Khalip, 27, berkata, pihaknya akan memastikan pembayaran dibuat selepas tiga minggu pementasan selesai.

"Dulu terjadinya masalah pembayaran dan salah faham kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam hal berkaitan pengurusan memandangkan masih baharu ketika itu.

"Namun kali ini kami telah mempelajari daripada kesilapan dan berharapa kejadian serupa tidak akan berulang lagi," katanya.

Mohd Amer ditemui pada sidang media teater Projek Kahwin di Istana Budaya pada Isnin.

Projek Kahwin akan dipentaskan di Panggung Sari pada 6 hingga 14 Jun depan.

Ia bakal menampilkan pelakon seperti Izzue Islam, Hanez Suraya, Kilafairy, Kaka Azraff, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad, Zulin Aziz dan penampilan istimewa Forteen.

Dalam pada itu, Mohd Amer berkata, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan pihak Sekretriat Tahun Melawat Malaysia 2014 dalam mempromosikan teater berkenaan bagi menarik pelancong dari luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

ass
Antara babak teater Projek Kahwin yang bakal dipentaskan pada 13 hingga 15 Jun depan.
Jelas Mohd Amer, selain dapat mempromosikan sektor pelancongan negara kehadiran penonton luar dapat memberi mereka peluang untuk memahami tentang keunikkan adat dan tradisi perkahwinan Melayu yang dipaparkan menerusi teater berkenaan.

"Alhamdulillah respon daripada pihak Sekretriat Tahun Melawat Malaysia 2014 amat baik menerusi cadangan kami untuk menpromosikan 'Projek Kahwin'.

"Malah kami juga sudah mendapat tempahan daripada peminat dari Singapura yang ingin menonton teater ini," katanya.

Sementara itu, Mohd Amer berkata, selain pementasan teater, turut diadakan Pameran Pengantin di ruang legar Istana Budaya pada 13 hingga 15 Jun.

Selain itu katanya, beberapa artis terkenal turut melibatkan diri dalam Femes Bazar dan akan menjual pelbagai barangan.

"Objektif kami mengadakan aktiviti di ruang legar Istana Budaya agar ia akan menjadi tumpuan pengunjung terutama golongan remaja untuk merasai kemeriah di tempat tersebut," katanya.

Jelas Mohd Amer lagi, tiket persembahan itu sudah terjual sebanyak 30 peratus setakat ini.

Peminat yang ingin mendapatkan tiket teater Projek Kahwin ia dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM125, RM185 dan RM225.

Tiket boleh didapati di AirAsiaRedTix.com dan kaunter box office Istana Budaya.

Untuk tempahan berkumpulan boleh menghubungi Amirul di talian 0133962612.
Tags / Kata Kunci: Projek Kahwin , Mohd Amer , Istana Budaya

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan