Isu Cerai: Izreen Azminda Minta Tunggu Keputusan Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 12:06 AM

Izreen dan Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012. Foto Ihsan Colourful Photo.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelakon Izreen Azminda enggan mengulas mengenai status sebenar dirinya selepas sebuah akhbar melaporkan kononnya dia telah diceraikan oleh suaminya, Muhammad Riza di lokasi penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Izreen, 29, berkata, dia meminta semua pihak agar memberinya ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa campur tangan mana-mana pihak.

"Maafkan saya kerana buat masa ini saya tidak boleh untuk memberi komen tentang status saya sekarang kerana kami berdua sedang menyelesaikan kemelut yang timbul dengan cara yang betul iaitu dengan merujuk ke mahkamah.

"Proses sedang berjalan dan apa-apa pun kita tunggu sahaja keputusan mahkamah," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Pelakon drama bersiri Juvana itu diminta mengulas mengenai kenyataan balas Riza yang mendakwa dia tidak pernah melafazkan cerai terhadap isterinya itu selain baharu sahaja memfailkan permohonan cerai di mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih menuggu tarikh untuk dipanggil oleh pihak mahkamah.

Tambah Izreen dia mengambil keputusan untuk tidak memberi sebarang komen mengenai keretakan rumah tangganya kerana enggan berbalas kenyataan dengan lelaki berkenaan.

Izreen memberitahu anak mereka Adrian Umar kini berada dibawah jagaannya.

Jelas Izreen, dia juga bimbang ia akan memberi kesan negatif apabila terlalu banyak kenyataan dikeluarkan oleh kedua-dua pihak sehingga mengelirukan ramai pihak.

"Lebih baik tunggu sahaja apa kata putus dari mahkamah nanti dan bukannya berbalas kenyataan kerana ia akan memberi kesan negatif," ujarnya. 

Dalam pada itu, Izreen mengesahkan dia dan Riza tidak lagi tinggal sebumbung sejak sebulan lalu dan anak lelaki tunggal mereka, Adrian Umar diletakkan dibawah jagaannya.

"Bila masalah di antara kami bermula saya tidak mahu ulas tetapi ya, kami tidak lagi tinggal sebumbung sejak sebulan lalu dan hanya berhubung tentang perihal anak sahaja," jelasnya.

Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam bergelar isteri kepada Muhammad Riza pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berumur 10 bulan.

Tags / Kata Kunci: Izreen Azminda , Muhammad Riza , Cerai.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan