Nad Zainal & Zoey Rahman Bercinta Dalam 'Tuan Rumah Pembantu Rumah'

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 12:03 AM

Nad dna Zoey Rahman sebagai teraju utama drama Tuan Rumah Pembantu Rumah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Drama terbaharu slot Dramedy berjudul Tuan Rumah Pembantu Rumah bakal disiarkan bermula 31 Mei ini, setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 6 hingga 6.30 petang.

Drama adaptasi novel karya Orkid Edliyne ini bersiaran selama 24 episod dan dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Nad Zainal, Zoey Rahman, Hisyam Hamid, Syafiq Kyle dan Ramona Zamzam.

Tuan Rumah Pembantu Rumah ini diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) yang mengisahkan tentang Intan Asha Areen iaitu lakonan Nad Zainal yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq lakonan Hisyam Hamid kerana mempunyai wanita lain.

Kemudian Areen mengambil keputusan untuk membawa diri bagi menenangkan hatinya. Dia mahu melupakan kisah sedih itu dan memulakan hidup baharu.

Areen mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria (Aleza Shadan) dengan memperkenalkan dirinya sebagai Asha dan merahsiakan identiti sebenar.

Ketika bertugas sebagai pembantu rumah, Areen sentiasa dibuli oleh anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) yang menganggapnya sebagai lurus bendul.

Bagaimanapun, pertengkaran dan sikap benci akhirnya bertukar menjadi cinta selepas kedua-dua mereka terlibat dalam satu insiden di rumah.

Dalam pada itu, Emir turut menghidu sesuatu yang tidak kena dengan Areen dan mulan menyiasat latar belakang wanita itu.

Saksikan siri baharu slot Dramedy ini bermula 31 Mei ini, pada pukul 6 petang setiap Sabtu danAhad. 

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan