Akim Ahmad Kecil Hati

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 12:13 AM

cwq

Akim berpendapat pihak produksi Astro dianggap mengamalkan konsep kronisme dan hanya memilih artis-artis kegemaran tertentu dalam menjayakan sesebuah program.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Akim Ahmad meluahkan rasa sedih kerana sudah dua tahun tidak mendapat apa-apa tawaran untuk beraksi dengan pihak produksi sebuah stesen televisyen.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 23, turut berpendapat, ini kerana pihak berkenaan lebih mementingkan artis lain untuk menjayakan sesebuah program televisyen mahupun drama mereka

"Kalau nak tahu, sudah hampir dua tahun saya tak terlibat dengan produksi untuk stesen TV itu. Mungkin saya bukan artis kesukaan mereka? Apa nak buat..." katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Akim, perkara itu tidak menjejaskan semangatnya untuk mengembangkan kerjaya di bidang lakonan dan nyanyian kerana dia percaya masih ada pihak yang lagi mempercayai bakatnya.

he5
Akim dan Hafiz bakal mengadakan persembahan Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe Melaka pada 22 Jun depan.

Sementara itu, selepas terlibat dengan beberapa drama yang antaranya seperti Kampung Girl dan Mencari Ramli di stesen TV3, Akim merancang untuk berehat dalam lakonan dan memberikan fokus semula dengan kerja nyanyiannya pula.

Terbaharu, Akim menubuhkan sebuah kumpulan band Akim & The Magistreet dengan sebuah single lagu berjudul Mewangi.

"Tujuan menubuhkan kumpulan band adalah untuk kepuasan ketika membuat persembahan. Saya rasa lebih bersemangat apabila ada band. Bagaimanapun saya masih lagi mengekalkan status sebagai penyanyi solo," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Akim bakal terlibat dengan persembahan 'showcase' Hafiz & Friends bersama-sama dengan rakan seperjuangannya, Hafiz dan Hazama.

Persembahan tersebut akan berlangsung di Hard Rock Cafe Melaka pada 22 Jun depan.

Tiket persembahan berharga RM60 dan RM70 boleh dibeli dengan menghubungi 06-2925188 atau enquiries@hardrockcafe-melaka.com 

Tags / Kata Kunci: Akim Ahmad , Hafiz Suip

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan