Tiz Zaqyah Rasa Lega Buang Sikap Berahsia

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 12:03 AM

 ewbt32

Sikap Tiz yang terbuka membuatkan dia dilihat lebih santai oleh peminat-peminatnya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah menyifatkan pendekatannya untuk tidak berahsia mengenai hal peribadi sejak akhir-akhir ini membuatkan dia lebih selesa menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26 berkata, sebelum ini dia berasa tertakan kerana sikap berahsia itu setiap kali ditanya pihak media.

"Dulu saya selalu berahsia dalam banyak perkara kerana risau dengan pandangan orang dan diakui sedikit sebanyak ia memberi tekanan kepada saya.Tetapi sekarang ini saya menjadi diri saya sendiri.

"Mungkin pengalaman telah mengajar saya bahawa peminat sebenarnya boleh menerima artis itu seadanya. Dulu saya mempunyai persepsi yang salah yang pelakon tak boleh buat itu dan ini. Tapi sebenarnya tidak pun," katanya kepada mStar Online.

Tambah Tiz, kerana sikapnya yang terbuka itu, dia mendapat respons daripada peminat-peminatnya yang mengatakan dia  lebih santai seperti orang biasa dan tidak seperti selebriti-selebriti lain.

vwqqw
Tiz Zaqyah bakal muncul menerusi drama Kusinero Cinta.

Bagaimanapun, pelakon yang mula popular menerusi drama Nur Kasih  ini berkata dia lebih selesa apabila dilihat seperti orang biasa dan tidak mengharapkan untuk selalu menjadi contoh kepada masyarakat.

Sementara itu, ditanya mengenai perhubungan cintanya dengan Daniel Haziq, Tiz berkata mereka masih lagi bahagia sebagai sepasang kekasih selain sibuk dengan komitmen kerja masing-masing.
Malah dia juga gembira apabila kisah cintanya dengan Haziq tidak selalu diuar-uarkan di media berbanding ketika bercinta dengan aktor Remy Ishak dahulu.

"Jujurnya saya lega apabila perhubungan kami tidak selalu menjadi bahan berita dan ia sekali gus membuatkan saya selesa untuk berkongsi foto kami di Instagram.

"Tetapi... kahwin? Belum lagi, bukan dalam masa terdekat ini sebab tidak sempat nak buat persiapan kahwin," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Tiz bakal muncul dalam drama Kusinero Cinta yang akan disiarkan pada 26 Mei ini.

Ia menemui penonton pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10.00 malam di Mustika HD (saluran 134).

Drama 60 espisod itu turut menampilkan Aaron Aziz dan bintang Filipina, Jericho Rosales.

Tags / Kata Kunci: Tiz Zaqyah , Kusinero Cinta

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan