Adegan Peluk Dalam Filem Terbaharu MIG Diharap Tidak Menjadi Isu - Pengarah

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 1:14 PM

cewqr23

Salah satu babak membabitkan lakonan Fezrul dan Erin dalam filem 'Awak Nak Kahwin Dengan Saya?'

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? iaitu Eyra Rahman yakin adegan peluk dan dukung yang dilakonkan oleh Fezrul Khan dan Erin Malek sebagai pasangan kekasih dalam karyanya itu tidak akan mengundang sensiviti penonton.

Eyra berkata, adegan sebegitu mempunyai alasan yang tersendiri yang mana ia menyokong jalan cerita filem tersebut.

"Babak itu sebenarnya untuk memberi fahaman bahawa watak Andika (Fezrul) yang mempunyai masalah terlalu pembersih iaitu Obsessive–compulsive disorder (OCD) sehingga tidak suka menyentuh orang sudah berubah apabila dia boleh memegang Putri (Erin) kerana cintanya kepada wanita itu.

"Saya tak rasa adegan pasangan yang bercinta berpeluk dan didukung akan menjadi sensitif kepada penonton kerana ada sebab mengapa babak itu diadakan.

"Lagipun pemikiran penonton sekarang ini lebih matang dan mereka boleh berfikir secara logik setiap kali menonton mana-mana filem. Dan saya harap, adegan kecil itu tidak menjadi isu pula," katanya kepada mStar Online.

Eyra ditemui pada majlis pratonton filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya?, terbitan Metrowealth International Group (MIG) di TGV Sunway Piramid di sini pada Selasa.

nfg
Eyra Rahman. Foto SAMUEL ONG
Pengarah itu diminta mengulas mengenai babak akhir Awak Nak Kahwin Dengan Saya? di mana Andika dan Putri sebagai pasangan kekasih yang dilihat keterlaluan apabila Andika memeluk dan mendukung Putri selepas berasa yakin mahu memperisterikan wanita berkenaan.

Tambah pengarah itu, Awak Nak Kahwin Dengan Saya? merupakan sebuah karya komedi yang santai tetapi ia menekankan elemen latar belakang berwarna warni selain skrip yang kuat.

Malah Eyra berhabis masa memberi fokus pada skrip supaya setiap lawak yang dihasilkan dapat diterima penonton.

"Saya seorang pengarah yang selalu menghasilkan filem-filem berat. Apabila mengarahkan filem komedi, ia satu cabaran besar buat saya.

"Paling risau jika lawak yang dibuat dianggap lawak bodoh dan langsung tidak menggeletek hati penonton. Jadi saya meminta bantuan ramai pihak termasuklah barisan pelakon mengenai idea lawak yang disampaikan," ujarnya.

Awak Nak Kahwin Dengan Saya? mengisahkan Andika yang merupakan ketua editor di sebuah syarikat penerbitan majalah dicabar bekas kekasihnya, Sara (lakonan Shima Anuar) untuk membuktikan bahawa dia sudah pun memiliki pasangan baru.

Andika meminta bantuan pembantu peribadinya, Putri untuk berlakon sebagai kekasihnya selama seminggu. Bagaimanapun, bibit-bibit cinta mula terjalin selepas menyedari kedua-dua mereka mempunyai keserasian dan memahami antara satu sama lain.

Filem itu akan ditayangkan bermula 22 Mei ini.
Tags / Kata Kunci: Awak Nak Kawhwin Dengan Saya , MIG

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan