Elfira Loy Sesuaikan Diri Sebagai Deejay

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 12:02 AM

Elfira mahu perkembangkan bakat dalam bidang penyiaran radio.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan bidang penyiaran radio selepas mengambil keputusan menyertai stesen radio Era FM, April lalu.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 20, berkata, keputusannya menceburi cabang seni tersebut adalah untuk mencari pengalaman selain menguji bakat serta kemampuannya dalam bidang berkenaan,

"Saya mula menyertai stesen radio tersebut pada April lalu yang mana pada asalnya hanya untuk cuba-cuba sahaja dan akhirnya mereka tawarkan kontrak permulaan selama enam bulan. Selepas itu tengoklah macam mana sama ada saya sesuai ataupun tidak untuk teruskan.

"Setakat ini semuanya berjalan lancar cuma banyak perkara yang saya perlu belajar sebab selalunya saya hadir hanya sebagai tetamu sahaja," katanya kepada mStar Online.

Elfira bertugas sebagai penyampai pada segmen Carta Era 40 bersama Nabil Ahmad pada setiap Ahad dan bakal keudara pada segmen Johara Pagi Era bersama Johan, Hanif dan Ray.

Dalam pada itu katanya, kekurangan penyampai radio wanita membuatkan dia terpanggil untuk mencuba nasib dalam bidang penyiaran radio.

Dia juga percaya pada usia yang muda ini, ia merupakan peluang kepadanya untuk mencuba pelbagai bidang.

"Saya masih muda dan ingin cuba banyak perkara kalau gagal sekalipun saya ada masa untuk perbaiki.

"Lagi pula saya lihat bidang ini tidak banyak diceburi oleh kaum wanita," katanya.   

Bagaimanapun kata Elfira, cabaran utamanya adalah terpaksa membuat banyak kajian terhadap penyanyi dan lagu sebelum bersiaran.

"Saya kurang dengar lagu-lagu terkini dan kurang mengenali penyanyi. Oleh itu sebelum bersiaran saya terpaksa cari maklumat terkini tentang dunia muzik, penyanyi dan lagu terkini," katanya.

Sementara itu, Elfira berkata, penglibatannya sebagai deejay tidak akan menjejaskan fokus utamanya sebagai seorang pelakon.
Tags / Kata Kunci: Elfira Loy , Era FM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan