Jericho Rosales Mahu Anak 2 Tahun Lagi

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 12:10 AM

bwet

Jericho telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dari Filipina iaitu Jericho Rosales mengakui mahu menikmati kehidupan sebagai seorang suami sebaik mungkin sebelum memikirkan untuk memiliki anak.

Jericho atau nama sebenarnya Jericho Vibar Rosales, 34, berkata, selepas mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan penulis blog Kim Jones pada 1 Mei lalu, dia bersama isteri merancang mahu menimang anak dalam masa dua tahun akan datang.

"Selain sibuk dengan karier, kami mahu menikmati kehidupan sebagai sepasang suami isteri terlebih dahulu.

"Kami juga merancang untuk berbulan madu sebanyak yang mungkin. Untuk sesi pertama kami akan ke beberapa negara Eropah iaitu pada Ogos depan. Bayangkan ketika bercuti, kami terpaksa membawa anak kecil ke sana sini. Pastinya ia agak melecehkan," selorohnya.

Jericho ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Kusinero Cinta di Hotel The Royale Chulan di sini pada Isnin.

Bagaimanapun tambah Jericho, dia berharap agar mana-mana pihak tidak salah faham kerana perancangan itu dibuat bukan kerana dia tidak menyukai kanak-kanak, sebaliknya ia hanyalah sebuah perancangan jangka masa panjangnya bersama isteri. 

kusinero cinta
Jericho (kanan) bergandingan bersama Tiz Zaqyah dan Aaron Aziz menerusi drama Kusinero Cinta.

Sementara itu, drama Kusinero Cinta merupakan penglibatan lakonan kedua Jericho bersama produksi di Malaysia selepas filem Bilut.

Jericho berkata ia satu penghargaan yang sangat besar apabila ada produksi yang yakin terhadap lakonannya untuk bergandingan dengan dua nama pelakon hebat iaitu Aaron dan Tiz Zaqyah.

"Selepas menerima tawaran daripada pihak penerbit (Global Station Sdn Bhd), saya terus cari menerusi 'google' nama Aaron dan Tiz sebagai persediaan sebelum memulakan penggambaran.

"Tidak sangka pula, kami memiliki keserasian untuk berlakon bersama dan ini memudahkan saya untuk menjiwai watak sebagai Fredo," ujarnya.

Kusinero Cinta, arahan Feroz Kadir mengisahkan Fredo Rivera (Jericho) jejaka dari Cebu, Filipina bercita-cita menjadi chef terkenal dan Edrinna (Tiz) pula bersama ibunya Datin Raudah ke Filipina untuk melawat cafe mereka di sana.

Mereka bertemu apabila Fredo menyelamatkan Edrinna dalam satu insiden dan membuatkan hubungan mereka menjadi akrab.

Sementara itu, Syed Izmir (Aaron) yang merupakan kekasih Edrinna berminat dalam dunia masakan terpaksa meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan untuk meneruskan legasi perniagaannya bapanya.

Drama bersiri 60 episod ini bakal ditayangkan bermula 26 Mei ini setiap Isnin hingga Rabu di saluran Astro Mustika HD (134).


Tags / Kata Kunci: Jericho Rosales , Kusinero Cinta

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan