Arja Lee & Shima Anuar Tiada Hubungan Cinta

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 12:06 AM

Arja mengakui hubungannya dengan Shima hanya sekadar teman biasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Arja Lee menjelaskan dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita biarpun pernah menyukai artis baharu, Shima Anuar.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, berkata, pengakuannya sebelum ini adalah ikhlas namun itu tidak bererti mereka adalah pasangan kekasih seperti mana sangkaan sesetengah pihak.

"Saya mengakui sukakan Shima kerana dia seorang wanita yang baik tetapi untuk membawa perhubungan itu ke tahap seterusnya belum lagi dan kami hanya kawan sahaja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Arja berkata, dia memerlukan lebih banyak masa untuk memikirkan tentang soal cinta kerana baginya kerjaya adalah keutamaan dia buat masa ini.

Malah kata Arja, dia tidak mahu fokusnya terganggu memandangkan dia mempunyai pelbagai perancangan untuk memastikan namanya bertapak kukuh dalam industri hiburan.


Arja dan Shima Anuar.

"Saya ada misi yang perlu dicapai malah pelbagai perancangan telah disusun untuk memastikan perjalanan karier saya berjalan lancar dan sekarang bukan masanya untuk bercinta," jelasnya.

Sementara itu, Arja berkata, itu tidak bererti dia tidak lagi menghiraukan Shima sebaliknya memberitahu mereka masih berhubungan seperti biasa dan sering bertanya khabar di antara satu sama lain.

"Hubungan kami masih baik dan sering bertanya khabar tetapi jarang berjumpa kerana sibuk dengan tugas masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Arja berkata, dia kini sedang giat dengan aktiviti promosi single pertamanya berjudul Cerita Pada Mereka dan gembira dengan penerimaan peminat terhadap lagu tersebut.

Malah kata Arja, setakat ini single tersebut telah terjual sebanyak 300 salinan dalam masa tiga bulan ia dilancarkan.

Tags / Kata Kunci: Arja Lee , Shima Anuar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan