'Kerana Terpaksa Aku Relakan' Di Slot Akasia 21 Mei Ini

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 12:18 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas drama Aku Isterinya, slot Akasia TV3 bakal mempersembahkan sebuah drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular iaitu Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Ia akan disiarkan bermula 21 Mei ini pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.

Drama 24 episod ini dibarisi pelakon-pelakon handalan seperti Izreen Azminda, Amar Baharin, Dian P.Ramlee, Syafik Kyle, Eddy Asyraf, Aliza Shadan, dan Hairi Safwan.

Ia mengisahkan Indah Harlina yang dilakonkan oleh Izreen telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah (Aliza Shada) dan Zawati (Nadia Aqila) sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim.

Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. 

Tanpa wang satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah (Dian P.Ramlee). Tajul Razin (Amar Bahrin) yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan.

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya.

Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful (Afzan) juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati.

Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. 

Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur, sehingga akhirnya takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah.

Drama ini arahan Azma Aizal Yusof, manakala skrip tulisan Mifed Shuhaimi.

Bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang drama tersebut, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya di www.tonton.com.my.

Tags / Kata Kunci: Akasia , TV3 , Kerana Terpaksa Aku Relakan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan