Bekas Tunang Shahrizal Jaszle Jadi Duta Produk - Berita Hiburan | mStar

Bekas Tunang Shahrizal Jaszle Jadi Duta Produk

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 12:09 AM

Gambar kenangan ketika majlis pertunangan Puteri bersama Shahrizal Jaszle.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas tunang pelakon Shahrizal Jaszle iaitu Redzwani Puteri mengakui menerima tawaran menjadi duta sebuah produk kecantikan Youwhite yang bertujuan untuk mencari pengalaman dalam dunia glamor.

Bagaimanapun, Puteri atau nama sebenar Redzwani Puteri, 26, berkata, dia tidak pernah berniat untuk mengambil kesempatan terhadap kontroversi pertunangan yang dilalui itu untuk menarik perhatian masyarakat.

"Saya baru sahaja dilantik untuk menjadi duta produk kecantikan Youwhite, mereka hubungi saya sebulan lalu melalui Instagram dan tawarkan saya untuk menjadi jurucakap kepada produk ini.

"Saya terima bukan kerana untuk mencari populariti ataupun mengambil kesempatan terhadap kontroversi yang saya lalui tetapi kerana berniat untuk membantu pengeluar produk itu selain mencari pengalaman dalam bidang ini," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Puteri turut mengakui selepas pelbagai kontroversi pertunanganya dengan pelakon Shahrizal Jaszle, dia mendapat perhatian lebih daripada orang ramai terutamanya di laman sosial.

Puteri dilantik sebagai jurucakap produk kecantikan Youwhite.

Dia turut meraih sebanyak 23,000 ribu pengikut di laman sosial Instagram dan 8,320 di laman Twitter.

Dalam pada itu, Puteri turut menafikan menerima tawaran itu sebagai permulaan untuk menceburkan diri dalam dunia hiburan.

Tambahnya, pihak Youwhite memilihnya sebagai duta adalah kerana dia bukan seorang artis.

"Saya tidak pernah terfikir untuk berlakon atau cuba terlibat dengan industri seni, ini hanya iklan sahaja.

"Saya terima kerana mereka mahukan jurucakap bukan dikalangan artis dan saya sudah berbincang dulu dengan keluarga sebelum terima tawaran ini," katanya.

Dalam pada itu, Puteri berkata, sebagai jurucakap dia bertanggungjawab mempromosikan produk tersebut di laman-laman sosial, media cetak dan elektronik dalam masa terdekat.

Sementara itu, ditanya tentang perkembangan terkini hubungannya dengan Shahrizal Jaszle, Puteri memberitahu tidak lagi berjumpa pelakon itu sejak dia pulang menjalani penggambaran drama di Australia baru-baru ini. 


Tags / Kata Kunci: Redzwani Puteri , Shahrizal Jaszle
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan