Elfira Loy Perjelas Dakwaan Masalah Disiplin

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 12:16 AM

Elfira anggap dakwaan tidak berdisplin tidak jejaskan reputasinya sebagai pelakon.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy menjelaskan bahawa kegagalannya untuk hadir pada beberapa sesi latihan dan pelancaran teater Di Bawah Lindungan Kaabah adalah kerana terikat dengan komitmen lain.

Bagaimanapun, Elfira, 20, berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak produksi sebelum dia bersetuju untuk terlibat dengan pementasan tersebut.

"Saya akui banyak kali tidak datang latihan teater ini kerana dialog dan babak saya tidak banyak pun, ketika pihak penerbit menawarkan saya untuk terlibat dengan pementasan ini, saya sudah beritahu awal-awal tentang komitmen lain.

"Kalau dalam perjanjian saya boleh bertolak ansur untuk teruskan projek ini biarpun saya sibuk, kenapa mereka perlu berkira," katanya kepada mStar Online.

Elfira berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa dia tidak memberi komitmen terhadap teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang berlangsung bermula 9 hingga 18 Mei ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Elfira membawakan watak Zainab ketika remaja dalam pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah.


Dia juga dikatakan disenaraikan oleh pihak produksi sebagai artis yang pada awalnya ingin digugurkan daripada pementasan tersebut.

Tambah Elfira, dia agak terkilan apabila berita tersebut hanya diketahui melalui surat khabar dan media sosial tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"Ketika tahu tentang berita ini saya agak terasa hati juga kerana mereka tidak berjumpa saya sendiri sebaliknya memberitahu pihak media terlebih dahulu, kalau mereka anggap saya bawa masalah dan mereka ingin gugurkan sekalipun saya tidak kisah.

"Namun, saya anggap perkara ini tidak menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon kerana orang yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana cara saya bekerja," katanya.

Dalam pada itu, Elfira yang membawakan watak sebagai Zainab remaja ini berkata kontroversi tersebut tidak menganggu fokus lakonannya dalam pementasan teater yang kini sedang berlangsung.

Pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula pada 9 hingga 18 Mei di Panggung Sari Istana Budaya. 

Antara pelakon lain yang terlibat ialah Nasha Aziz, Adi Putra, Yasmin Hani dan Fizo Omar.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan