'Stand Up' Siri Komedi Segar Di Tonton

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 12:29 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program komedi bersiri terbaharu berjudul Stand Up yang menampilkan pengisian komedi dan lawak jenaka segar daripada pelawak-pelawak tempatan akan bersiaran setiap hari Selasa hingga Jumaat melalui laman web Tonton bermula 6 Mei lalu.


Pengurus Jenama Tonton dan Platform Digital Rangkaian TV, Shahida Azad Jamaluddin, berkata, program ini merupakan salah satu kelainan yang cuba diberikan kepada penonton, biarpun mengetahui program berbentuk drama lebih mendapat sambutan.
 

"Walaupun mengetahui kebanyakan penonton begitu menggemari drama percintaan dan program hiburan, kami tetap mahu tampilkan kelainan dalam penghasilan kandungan menerusi transisi komedi setelah melihat kejayaan siri drama original sebelum ini seperti Autumn Di Hatiku Musim 1 & 2 serta Dan Calonnya Adalah,” ujarnya.

Seramai 14 pelawak terkenal yang ditampilkan antaranya Jonathan Atherton, Papi Zak, Andrew Netto, Joanne Kam, Dr. Jason, Kavin Jay, Sherry Alhadad, Zulin Aziz dan Rizal Van Geyzel.

Program ini akan menyentuh realiti kehidupan dan perjalanan karier di sebalik aura glamor serta jenaka yang sering ditampilkan oleh para pelawak dalam temubual secara kasual menerusi klip eksklusif ini.

Manakala dalam klip Wit-a-Minute, penonton berpeluang menimba tips berguna daripada para pelawak dalam menghasilkan jenaka hebat selain etika dalam melakukan sesuatu persembahan komedi secara santai dan bersahaja.

Sementara itu, kehadiran penonton memenuhi rakaman dalam set kabaret memberi intimasi dan kaitan komedi yang jitu di antara pelawak dan penonton.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan