Ibu Elly Mazlein Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 5:02 PM

Elly Mazlein.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Disaat anak-anak meraikan Hari Ibu yang jatuh pada 11 Mei, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendapat perkhabaran buruk apabila ibu kesayangannya, Sabariah Ahmad, 56, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Ahad akibat sesak nafas.

Menurut tunangnya, Azmi Hatta ketika dihubungi mStar Online, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Nusa Putra, Puchong Perdana dekat sini.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di rumahnya awal pagi tadi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada pukul 9 pagi tadi," katanya ringkas.

Ibu pelakon itu dilaporkan turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi namun keadaannya tidak kronik.

Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina dilaporkan amat terkejut dengan berita kematian ibunya itu dan tidak sempat bersama arwah disaat-saat akhir hayatnya kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Pihak mStar Online juga tidak berjaya mendapatkan kenyataan daripada eLLY kerana sedang berada dalam keadaan terkejut dan sedih atas pemergian ibu kesayangannya itu.

mStar Online mengucapkan salam takziah kepada Elly dan keluarga atas pemergian ibunda tercinta. Al Fatihah.
Tags / Kata Kunci: Elly Mazlein , Azmi Hatta.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan