Noh Salleh Tidak Akan Tinggalkan Hujan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 12:06 AM

noh salleh

Noh Salleh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Vokalis Hujan iaitu Noh Salleh tidak akan meninggalkan kumpulannya itu meskipun ketika ini memilih untuk muncul secara solo dengan sebuah kumpulan lain iaitu Da Vagabonds.

Noh, 29, berkata, walaupun pernah terdapat pertelingkahan dalam Hujan, namun dia sudah menganggap ahli-ahli kumpulan itu yang dianggotai Am, AG Coco, Dimas dan Izzat seperti adik-beradiknya sendiri.

"Kami sudah 10 tahun bersama dan tak mungkin saya akan keluar daripada Hujan. Mereka sudah sebati dengan saya.

"Tak kiralah saya mempunyai 10 kumpulan lain, saya tetap akan setia bersama Hujan," katanya.

Noh bersama ahli kumpulan Da Vagabonds pada majlis pelancaran runut bunyi filem CEO berjudul Serahkan Segalanya di Hard Rock Café di sini pada Jumaat.

hujan
Noh (tengah) bersama anggota kumpulan Hujan.


Kata Noh, lagi tersebut dihasilkan pada tahun lalu dan dia gembira ia digunakan sebagai lagu tema filem tersebut.

CEO
yang dibintangi Beto Kusyairi, Remy Ishak dan Cristina Suzanne bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 12 Jun depan.

Selain itu, Noh berkata dia juga bakal muncul dengan sebuah album solo pada Jun depan.

"Selepas sekian lama mengumpul keyakinan diri, baru sekarang yakin untuk menghasilkan album solo yang memuatkan sebanyak lima buah lagu.

"Ilham menghasilkan lagu-lagu ini tercetus selepas saya mencipta lagu duet bersama isteri iaitu Kurnia.

"Menerusi album ini, saya mahu mengalih minda pendengar dengan menyuntik elemen muzik pop nusantara," ujarnya.

Noh akan mengeluarkan lima lagu baharu iaitu Angin Kencang, Biar Seribu, Bunga Di Telinga, Gelung dan Sang Penikam.

Tags / Kata Kunci: Noh Salleh

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan