Rawatan Penyakit Batu Karang Sharifah Zarina Tidak Berhasil

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 1:11 PM

sharifah zarina

Sharifah Zarina.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Sharifah Zarina menghidap penyakit batu karang dan usaha membuangnya tidak berhasil.

Sharifah Zarina, 32, berkata, dia telah menjalani rawatan laser bagi membuang batu karang tersebut pada 24 April lalu, di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini.

Saya pernah membuang batu karang pada tahun 2006 lalu melalui beberapa rawatan, tetapi tidak sangka ia jadi semula, malah lebih besar daripada sebelum ini.

“Pada 24 April lalu saya menjalani rawatan laser untuk membuangnya, namun dua minggu selepas itu ia masih lagi ada dan pihak hospital akan buat semula pemeriksaan untuk mencari jalan lain membuangnya,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah penyanyi Langit Ke Tujuh ini, kedudukan batu karang yang terletak dalam buah pinggangnya membuatkan ia tidak boleh dibuang melalui kaedah pembedahan.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak pernah mencuba rawatan tradisional sebagai cara alternatif yang kebiasaan digunakan segelintir pesakit batu karang.

“Batu karang yang saya hadapi ini agak rumit untuk dibuang kerana ia jauh di bawah buah pinggang dan hanya beberapa kaedah sahaja yang boleh dilakukan.

“Rawatan laser yang saya buat pun tidak berkesan dan sekarang mereka sedang fikir cara lain, kalau boleh saya tidak mahu melakukan laser lagi sebab ia sakit dan memerlukan kos yang tinggi.

“Rawatan tradisional saya tidak pernah pula cuba kerana apabila rasa sakit saya hanya terus ke hospital sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Sharifah Zarina berkata, dia masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa namun dia sentiasa bergantung kepada ubat dan perlu meminum air yang banyak bagi mengurangkan kesakitan. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan