Indah (AF 2013) Terkejut Gosip Putus Tunang

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 12:03 AM

indah AF 2013

Indah, peserta Akademi Fantasia 2013.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) iaitu Indah terkejut apabila dikatakan putus tunang baru-baru ini.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 27, berkata, dia hairan bagaimana tuduhan itu boleh timbul sambil menegaskan hubungannya dengan pemuda berusia 31 tahun itu tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya sendiri tertanya-tanya dari mana datangnya cerita mengarut itu dan ingin saya tegaskan ia sama sekali tidak benar.

"Kami masih bersama dan hubungan itu berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah," katanya kepada mStar Online  pada Khamis.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada April tahun lalu di Johor Bahru.

Penyanyi lagu Percayalah  ini bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah jejaka yang sedang bertakhta di hatinya itu.

Dalam pada itu, Indah mengakui bimbang gosip berkenaan akan melukakan perasaan keluarga tunangnya.

Indah meminta perkara itu tidak diperbesarkan kerana dia enggan masalah lain timbul akibat gosip itu.

"Soal begini cukup sensitif dan saya tidak mahu ia diperbesarkan kerana banyak hati yang perlu dijaga.

"Ini bukan perkara main-main dan boleh menimbulkan masalah lain pula nanti," jelasnya.

Sementara itu, Indah berkata dia dan tunangnya masih belum menetapkan sebarang tarikh tertentu untuk melangsungkan perkahwinan buat masa ini.

Jelasnya, apabila tiba masa sesuai dia akan memaklumkan perkara itu kepada semua.

Tambah Indah, biarpun sukar menjalani percintaan secara jarak jauh namun kepercayaan menjadikan mereka kuat mengharungi cabaran.

"Saya di Kuala Lumpur dan dia di Johor tetapi kepercayaan yang tinggi  dan sering berkomunikasi membuatkan hubungan kami bertambah kuat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Indah berkata, dia teruja bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang bakal berlangsung pada 24 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tags / Kata Kunci: Indah AF 2013 , Siti Ruhailah Hussin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan