5.2 Juta Tonton Oh My English! Musim Kedua

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 12:08 AM

Oh My English! musim ketiga bakal menampilkan ramai pelakon baharu sebagai memberikan kelainan. Foto IBRAHIM MOKHTAR.

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Program popular Oh My English!  (OME) mencatat sejarah apabila ditonton seramai 5.2 juta penonton pada musim kedua rancangan tersebut berbanding 3.6 juta pada musim pengenalannya.

Naib Presiden Perniagaan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, atas dasar itu juga pihaknya sangat komited dalam memastikan musim terbaharu rancangan itu menghidangkan pengisian yang lebih segar dan bermanfaat kepada penonton terutama sekali dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

"Alhamdulillah kejayaan OME ini diluar jangkaan dan ternyata program ini mempunyai pengikut luar biasa dan ia membantu menjadi alat bantuan pembelajaran Bahasa Inggeris di luar bilik darjah dengan berkesan malah menghiburkan.

"Musim ketiga nanti akan penuh dengan kejutan dan kelainan dan tidak menumpukan kepada elemen jenaka dan pendidikan sahaja malah turut diselitkan dengan pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi," katanya kepada mStar Online.

Putri Yasmin ditemui selepas pelancaran OME musim ketiga yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang dekat sini pada Rabu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching turut hadir bagi merasmikan musim terbaharu itu yang mendapat sokongan penuh daripada pihak kementerian.

Ceria... Barisan pelakon Oh My English! bergambar bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang.

Oh My English! musim ketiga bakal bersiaran bermula 18 Mei ini pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135).

Tambahnya lagi, dua buah telefilem istimewa OME iaitu Oh My Ganu dan Hello America!  turut mencatatkan rating membanggakan apabila masing-masing memperoleh kira-kira 2.7 juta dan 2.5 juta penonton.

Dalam pada itu, Putri Yasmin berkata, bagi memberikan kelainan pada musim kali ini, OME bakal menampilkan beberapa wajah baharu seperti Fauziah Ahmad Daud sebagai pengetua, Nadiya Nisaa, Rahim R2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Sherry Alhadad.

Bukan sahaja barisan pelakon baharu malah jalan cerita yang lebih segar dan bermanfaat akan ditampilkan dalam memberikan maklumat berguna kepada penonton.

"Kombinasi watak baharu, drama, jalan cerita yang lucu dan kandungan pengajian Bahasa Inggeris yang mantap pastinya akan menjanjikan pengalaman tontontan yang unik dan berbeza.

"Malah topik-topik menarik selari dengan peristiwa dan situasi semasa seperti laman sosial, Piala Dunia dan juga Hari Kemerdekaan Malaysia akan ditampilkan kepada penonton," jelasnya lagi.

Fauziah Ahmad Daud dan Amyra Rosli bakal memeriahkan musim terbaharu Oh My English!

Tambahnya lagi, watak kegemaran dalam siri berkenaan seperti Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa) serta guru mereka Mr Henry Middelton (Zain Saidin) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah).

Sementara itu, Putri Yasmin berkata, ramai selebriti popular tanah air turut membuat penampilan khas sepanjang musim terbaharu ini seperti Faizal Hussien, Hans Isaac, Rashidi Ishak, Waris dan Bront Palare.

Selain menyaksikan OME di televisyen, peminat boleh juga melayari www.ohmyenglish.com.my bagi mendapatkan kandungan pengajian bahasa yang lebih mendalam meliputi pengajian kosa kata, tatabahasa, sebutan dan peribahasa.
Tags / Kata Kunci: Oh My English!

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan