Terpaksa Tanggung Suami Buat Enot Serik Kahwin

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 12:15 AM

enot 3

Enot lebih comel apabila bertudung.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Enot berasa serik untuk berkahwin semula selepas gagal dengan dua perkahwinannya yang terdahulu termasuklah melalui pengalaman ‘menanggung suami’.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, biarlah dia bergelar ibu tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, daripada menjadi isteri yang terpaksa bekerja untuk suami.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.

"Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik," katanya kepada mStar Online yang ditemui pada pelancaran Mega Bazaar 2014 di sini pada Rabu.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch ini pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu.

enot 2
Enot tidak sanggup lagi terpaksa bekerja untuk menyara suami.


Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana dan Ariana.

Bagaimanapun, tambah Enot, dia akan menerima takdir sekiranya diberi peluang untuk berkahwin buat kali ketiga.

"Tetapi kalau nak tahu, jika mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan saya, cepat-cepat saya akan elak.

"Tak pun… saya cuba melakukan perangai buruk agar ia dapat memberi persepsi negatif  mengenai diri saya," ujarnya.

Sementara itu, Enot turut menasihatkan kepada semua golongan wanita supaya berhati-hati dalam memilih suami.

Katanya, setiap wanita perlu memastikan seseorang lelaki itu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh agar kehidupan tidak merana pada kemudian hari.

"Saya nasihatkan, carilah lelaki yang bukan sekadar menyayangi kita tetapi mempunyai kewangan kukuh.

"Tak perlu nak kaya, asalkan mereka rajin dan mampu menanggung kita, cukuplah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Enot turut memberitahu dia kini sedang menghidap kanser usus tahap dua dan kini sedang menjalani rawatan secara tradisional.

Tags / Kata Kunci: Enot

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan