Raja Ilya Tidak Kecil Hati Soal Populariti Dipertikai

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 12:01 AM

Raja Ilya tidak berkecil hati apabila popularitinya dipertikaikan oleh sesetengah pihak sehingga dia layak dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2013) yang bakal berlangsung akhir bulan ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktres Raja Ilya mengakui terkejut apabila ada pihak yang mempertikaikan popularitinya apabila layak menempatkan diri dikalangan lima terbaik menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2013 yang bakal berlangsung pada akhir bulan ini.

Raja Ilya, 29, bagaimanapun berkata, dia tidak berkecil hati dengan perkara itu kerana tahu rakan artis, pihak media dan peminat terutamanya sentiasa menyokong kerjayanya sehingga berada di tahap sekarang.

"Saya terkejut juga kerana sebelum ini belum pernah dengar mengenai dakwaan tersebut namun ia tidak menggangu saya kerana pencalonan itu bukan ditentukan oleh saya tetapi peminat.

"Pun begitu ia adalah keputusan peminat dan saya sangat bersyukur kerana mereka sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerjaya saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, dia tidak mengharapkan kemenangan pada malam itu nanti dan menerima keputusan yang ditentukan peminat dengan hati terbuka.

Selain berlakon dalam drama berbahasa Melayu, Raja Ilya juga banyak membintangi filem Tamil di India. 

Bagaimanapun katanya, sebagai menghargai jasa peminat, dia bakal membawa ahli-ahli kelab peminatnya pada acara itu nanti.

"Insya-Allah jika diizinkan saya ingin bawa peminat-peminat ke ABPBH sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka kerana menyokong kerjaya saya selama ini.

"Tentang kemenangan saya serahkan kepada rezeki namun saya tidak terlalu mengharap kerana berada di top 5 sudah memberi erti besar kepada saya," katanya.

Dalam pada itu, Raja Ilya memberitahu dia teruja bakal membintangi sebuah telefilem terbitan sebuah produksi di Jakarta, Inbdonesia dan akan memulakan penggambaran pada pertengahan Jun ini.

Kata pelakon drama Dahlia ini, dia berharap telefilem itu nanti akan mendapat sambutan sekaligus membuka peluang kepadanya untuk mengembangkan kerjaya di negara itu sebagai pelakon.

"Apabila mendapat tawaran itu saya terus setuju dan berasa berbesar hati kerana sedar ia adalah peluang terbesar saya untuk cuba menembusi pasaran di negara itu biarpun ia bukan mudah.

"Tetapi dengan wajah 'anak mami' saya ini diharap memudahkan laluan saya kerana jarang ada pelakon seperti saya ada di sana. Ia satu kelainan," katanya.

Dalam perkembangan lain Raja Ilya kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Ibadah untuk siaran Astro Prima dan Maya HD.

Tags / Kata Kunci: Raja Ilya , ABPBH 2013.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan