Nad Zainal Berubah Sikap, Kesal Dedah Hubungan Putus - Azwan Kombos

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 2:34 PM

Azwan terkejut kenyataan Nad Zainal tentang hubungan mereka sudah berakhir.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Azwan Kombos mengakui terkejut dengan kenyataan kekasihnya iaitu Nad Zainal, 24, di sebuah program hiburan pada Ahad kononnya   status percintaan mereka yang sudah berakhir.

Azwan, 29, berkata, wanita tersebut seharusnya bertindak secara rasional dengan membincangkan perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendedahkannya kepada umum.

“Saya mengaku hubungan kami ada masalah beberapa hari ini kerana dia bersikap dingin secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan apabila dia beri kenyataan di Melodi (TV3) dengan mengatakan hubungan kami sudah berakhir, walhal saya sendiri tidak tahu tentang itu.

“Saya ada meminta dia untuk bertemu dan berbincang beberapa kali namun dia menolak dengan alasan terlalu sibuk dengan penggambaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan Nad Zainal dalam satu rancangan hiburan pada Ahad tentang hubungan percintaan mereka sudah berakhir.

Laporan tersebut juga memberitahu bahawa pelakon lelaki tersebut menganggunya di lokasi penggambaran.

Azwan meminta agar Nad Zainal berfikir secara matang dan tampil menyelesaikan hal tersebut secara baik

“Rabu lalu kami masih keluar bersama dan hubungan seperti biasa, sementara dakwaan saya ke lokasi penggambaran bukan ingin menganggu sebaliknya perkara itu atas permintaan dia.

“Sejujurnya saya sendiri tidak faham dengan keadaan ini dan mengapa dia berubah secara tiba-tiba atau mungkin juga ada orang ketiga dalam hubungan ini,” katanya.

Azwan berkata, disebabkan perkara tersebut juga, dia dihubungi oleh keluarga wanita itu yang mahukan penjelasan.

Dalam pada itu, Azwan meminta agar Nad Zainal berfikir secara matang dan tampil menyelesaikan hal tersebut secara baik.

“Kalau betul pun dia ingin memutuskan hubungan ini dia seharusnya berjumpa saya dan berbincang dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di khalayak tanpa pengetahuan saya.

“Perkara ini akan menjadi lebih rumit jika dia mengambil sikap melarikan diri manakala orang ramai termasuk keluarga kedua-dua pihak menghubungi saya untuk cari penjelasan,” katanya.

Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan baharu sahaja menghadiri kursus perkahwinan pada Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Nad Zainal , Azwan Kombos.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan