12 Peserta Mula Bersaing Dalam 'Ikon Siarawan'

Diterbitkan: Ahad, 4 Mei 2014 12:01 AM

qw

Barisan 12 peserta yang bersain dalam 'Ikon Siarawan'.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 12 peserta program realiti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ikon Siarawan memulakan misi dan cabaran dalam memilih siapakah yang layak bergelar ikon kewartawanan bermula 3 Mei 2014.

Peserta-peserta tersebut adalah Mohd Ismail Adnan, 24, Nurul Nurdalilah Abdul Kadir, 28, Raydwin Robin, 24, Nurul Hidayah Md Nawai, 26, Zaira Sri Zakaria, 27, Mohd Faris Izzat Shaharudin, 24, Khaviarsan A/L Muniandy, 24, Puteri Nur Alia Mohd Jasmin, 26, Mohd Zalfie Abd Jawad, 25, Sim Sui Yee, 25, Mohd Shahreyzam Awang, 26 dan peserta termuda Nurul Syuhaida Ariffin, 21. 

Sepanjang tempoh latihan profesional selama tiga bulan di bawah tenaga pengajar undangan khas, peserta akan mempelajari etika kewartawanan, teknik berhadapan dengan kamera, penyampaian berita, pengacaraan serta latihan dalam melaporkan berita dari lokasi secara langsung.

"Finalis akan mempelajari cara penggunaan peralatan penerbitan di samping menjalani latihan vokal, pembacaan skrip serta penghayatan dan pemahaman, sebelum didedahkan dengan dunia glamor. 
 
"Sepanjang sesi latihan, peserta turut berpeluang menemui tokoh terkemuka negara, selain ditugaskan bersama enam agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," kata RTM menerusi kenyataan kepada mStar Online.

Dalam pada itu, finalis perlu membuat laporan sebenar daripada acara yang berlangsung seperti perlumbaan udara ekstrim di Putrajaya, di samping tugasan tidak dirancang dengan kerjasama bilik berita TV.

Laporan terbaik dan mempunyai nilai berita akan disiarkan dalam siaran berita sebagai pendedahan awal.

Menariknya program ini tidak akan menggunakan medium undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebaliknya peserta dinilai berdasarkan penjurian profesional. 

Setiap minggu mereka akan berhadapan dengan juri dan seorang peserta akan  disingkirkan setiap minggu. 

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai RM205,000 termasuk sebuah kereta. 

Program tersebut disiarkan pada setiap Sabtu bermula 3 Mei 2014 pada pukul 9 malam di TV2.

Tags / Kata Kunci: Ikon Siarawan , RTM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan