Atilia Haron Kursus Yoga Di Thailand

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 12:32 AM

Atilia bakal berpindah ke Koh Samui selama sebulan untuk mengikuti kursus jurulatih yoga pada Julai depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Atilia Haron memberitahu bakal ke Koh Samui, Thailand selama sebulan pada Julai depan bagi mengikuti kursus sebagai pelatih bertauliah senaman yoga.

Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron, 40, berkata, tiba masanya untuk dia mendapatkan sijil dalam senaman itu memandangkan dia sudah lama bergiat aktif dalam yoga.

"Penglibatan saya dalam senaman yoga sudah agak lama iaitu sejak lapan tahun dan sudah tiba masanya saya mengambil sijil kelayakan sebagai pelatih kerana saya ingin betul-betul mempraktikkan semua ilmu yang saya pelajari sebelum ini.

"Pemergian saya ke Koh Samui bukan untuk suka-suka dan telah mendapat kebenaran daripada keluarga memandangkan saya akan tinggal berseorangan di sana nanti," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu berentak jazz ini turut memiliki sebuah studio yang diberi nama Yoga One That I Want  di Damansara Perdana di sini yang dibuka sejak tahun lalu.

Tambah Atilia, dengan adanya sijil itu nanti, dia akan lebih yakin untuk mengajar para pesert memandangkan aspek keselamatan sangat dipandang serius ketika melakukan yoga.

Atilia sudah membuka sebuah lagi cawangan studio yoga di Shah Alam.

Dalam pada itu, Atilia berkata, selain ingin mendapatkan sijil pelatih dia juga berhasrat untuk mengubah presepsi negatif masyarakat mengenai senaman yoga yang sering dikaitkan dengan ritual keagamaan dan kononnya tidak sesuai untuk umat Islam.


Jelas Atilia, tanggapan tersebut perlu diubah kerana yoga sebenarnya tidak menggunakan sebarang ritual ataupun bacaan mantera kerana ia semata-mata berlandaskan senaman.

"Yoga ini sebenarnya seronok jika dilakukan dengan teknik yang betul kerana ia mampu mengeluarkan peluh dan pada masa sama menyihatkan cuma tanggapan segelintir masyarakat membuatkan mereka tidak berani untuk mencuba.

"Sebagai seorang yang berpengalaman dalam yoga saya ingin melihat presepsi itu berubah malah sejak akhir-akhir ini keadaan itu semakin baik dengan penyertaan lebih ramai wanita Islam yang bertudung untuk mencuba yoga," katanya.

Sementara itu, Atilia berkata, dia juga telah membuka sebuah lagi cawangan pusat yoga di Shah Alam, dekat sini selepas sambutan yang diterima cukup baik dan akan lebih giat mempromosikan senaman itu dikalangan masyarakat dan golongan muda.

Dalam perkembangan lain, Atilia berkata, dia juga bakal muncul dengan album baharu pada penghujung tahun ini. Ia dalam proses rakaman.

Tags / Kata Kunci: Atilia Haron

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan