Penyanyi Kartina Dahari Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 2:18 AM

kartina dahari 1

Gambar kenangan ketika zaman muda, Kartina Dahari (kiri) bersama teman baiknya Datin Paduka Julie Sudiro.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Penyanyi veteran iaitu Kartina Dahari meninggal dunia di Braddel sini kira-kira pukul 6 petang Rabu.

Ratu lagu-lagu keroncong itu dipercayai meninggal dunia akibat penyakit barah.

Beliau berusia 73 tahun.

Kartina Dahari
Kartina Dahari

Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.

Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.

Beliau juga pernah berduet dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais menerusi lagu Budi Setahun Jagung  dan Sejak Kita Berpisah.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan pada Khamis.


Tags / Kata Kunci: Kartina Dahari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan