Mohd (Juara Mentor) Buka 'Bisnes' Karaoke Bergerak

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 12:30 AM

mohd mentor

Mohd (Mentor) memperoleh pendapatan lumayan dengan membuka pusat karaoke bergerak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd meluaskan perniagaannya dengan memandu van untuk mencari rezeki bagi menjalankan perniagaan pusat karaoke bergerak.

Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 28, berkata, dia tidak berasa malu menjalankan perniagaan berkenaan kerana ia pekerjaan yang halal selain mendatangkan keuntungan lumayan.

“Buat apa nak malu? Masa kecil dulu saya pernah tolong ibu saya jual ketupat di psar untuk dapat duit. Dari kecil saya dah biasa dengan bidang perniagaan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

mohd mentor - karaoke
Inilah pusat karaoke bergerak Mohd.


Mohd berkata, pusat karaoke bergerak ini dijalankan sejak sebulan lalu yang dibuka di kaki lima berdekatan Restoran Zubaidah, Danau Kota, Setapak dekat sini.

Katanya, perniagaan itu dibuka bermula puklul 10 malam sehingga 4 pagi  untuk mereka yang tidak mampu berhibur di pusat-pusat hiburan karaoke yang mengenakan bayaran tinggi.

Karaoke bergerak yang diperkenalkan itu kata Mohd, hanya mengenakan bayaran RM2 bagi sebuah lagu ataupun membayar secara pekej iaitu RM10 untuk enam buah lagu.

Katanya, setakat ini sambutan yang diterimanya amat menggalakkan khususnya kepada orang ramai yang gemar menghabiskan masa di restoran berkenaan.

Tambahnya lagi, perniagaan itu dijalankan sejak lima tahun lalu tetapi berpusat di kampung halamannya di Johor Baharu, Johor.

Secara keseluruhan dia mempunyai dua buah lori dan tiga buah van bagi memudahkan mengendalikan perniagaan karaoke bergerak itu.

mohd mentor iklan
Mohd turut mempromosikan perniagaannya di laman-laman sosial.


“Sebelum ini karaoke bergerak  saya jalankan di Johor dan sekarang saya kembangkan ke Kuala Lumpur.

“Kalau menggunakan lori, ia lebih selesa kerana peminat karaoke boleh menyanyi di atas lori itu. Biasanya lori hanya digunakan untuk ke kawasan pedalaman di Johor. Kalau di tengah-tengah bandar, kami gunakan van sahaja,” katanya.

Ujar Mohd, purata pendapatan hariannya untuk sebuah pusat karaoke bergerak yang dijalankan ialah kira-kira RM300.

Selain perniagaan itu, Mohd juga mempunyai restoran asam pedas di Danga Bay, Johor Baharu dan Ulu Tiram, Johor yang dikendalikan oleh keluarganya.

 

Tags / Kata Kunci: Mohd Mentor

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan