Julfekar Mahu Buka Restoran, Syarikat Rakaman Di Filipina

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 12:23 AM

ey43

Julfekar melakukan strategi memasarkan album di Filipina.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tidak sekadar mahu bergiat aktif di negara sendiri sebaliknya komposer Julfekar turut berhasrat membuka sebuah syarikat rakaman di Manila, Filipina sebagai usaha melebarkan lagi bidang perniagaannya.

Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 49, berkata, dia sengaja mahu mengubah angin dengan memasukkan elemen muzik Filipina dalam karya-karya yang bakal dihasilkan dan memilih isterinya, Min Yasmin untuk merakamkan album berbahasa Tagalog.

"Biasanya kita selalu meletakkan sasaran perniagaan muzik di Singapura, Indonesia dan Brunei.

"Jadi saya cuba beralih sedikit dengan memulakan langkah di Filipina. Ia sebahagian strategi saya dalam perniagaan muzik. Saya mahu lihat sejauh mana ia boleh pergi.

"Untuk melancarkan lagi strategi ini, saya menubuhkan sebuah syarikat rakaman di negara itu agar memudahkan pengursan kerja saya," katanya kepada mStar Online.

er34
Julfekar mahu mengembangkan kerjaya seninya di Filipina.

Tambah Julfekar, selepas pelancaran album Tagalog itu, Min atau nama sebenarnya  Nurul Yasmin Abdul Aziz, 25, akan muncul pula dengan album berbahasa Malaysia.

Dalam perkembangan lain Julfekar turut berhasrat membuka sebuah restoran di Pulau Boracay negara itu namun ia masih lagi dalam perancangan.

"Apa yang saya lakukan sekarang ini semuanya adalah kerana isteri saya. Maklumlah, saya ini dah tua, isteri pula masih muda. Mana tahu, satu hari nanti apabila saya tiada, sekurang-kurangnya dia ada pendapatan sendiri dengan menyambung perniagaan ini," tuturnya.

Julfekar yang sebelum ini seorang duda bernikah dengan Min Yasmin pada 4 April lalu di Masjid Kota Damansara dekat sini.

Tags / Kata Kunci: Julfekar , Min Yasmin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan