Gila 'Selfie' Pada Persembahan Anuar Zain

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 12:23 AM

anuar zain a

Memukau... persembahan Anuar Zain sempena minggu setiausaha di Hotel One World, Petaling Jaya pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Kegilaan mengambil gambar secara ‘selfie’ (self-portrait photograph) yang menjadi trend penggemar media sosial ketika ini merupakan tarikan pada persembahan Anuar Zain sempena minggu setiausaha di Hotel One World di sini pada Selasa.

Gambar-gambar selfie itu kemudiannya dikongsi di laman sosial terutamanya Instagram menerusi hastag antaranya  #anuarzain dan #terindahanuarzain.

Malah Anuar juga berjaya memukau suasana apabila beliau sendiri menggunakan ‘monopod’ untuk merakam gambarnya bersama-sama peminat.

“Apa kata kita selfie dulu… siapa nak selfie dengan saya…?” antara kata-kata Anuar sebaik sahaja selesai menyampaikan tiga buah lagu.

mStar Default Image
Anuar menggunakan 'monopod' untuk bergambar bersama rakan media.

Persembahan yang dikenali sebagai Terindah… Anuar Zain itu dihadiri kira-kira 700 tetamu yang kebanyakannya peminat penyanyi itu termasuklah setiausaha-setiausaha syarikat bersama bos masing-masing.

Keterujaan masyarakat terhadap media sosial menjadi penyebab Anuar tidak menggunakan banyak ruang pentas sebaliknya lebih selesa untuk bersama peminatnya di meja makan.


Malah peluang itu digunakan sepenuhnya oleh peminat untuk merakamkan gambar-gambar selfie bersamanya.

anuar zain b


Persembahan Terindah… Anuar Zain tidak perlu disangkal kerana kekuatan vokal Anuar berjaya menggamatkan suasana tatkala menyampaikan 12 buah lagu antaranya Keabadian Cinta, Bila Resah, Ketulusan Hati, Ajari Aku, Terindah, Sedetik Lebih dan Lelaki Ini.

Anuar turut mempersembahkan lagu daripada album terbaharunya iatu Terindah dan juga Kembali Padamu Ilahi  sebagai mengingati rakannya yang telah meninggal dunia.

Anuar berkata, persembahan berkenaan benar-benar istimewa  kerana buat pertama kali dia terlibat secara langsung daripada urusan persembahan dan juga produksi.

“Matlamat saya adalah untuk pergi lebih jauh, bukan hanya sebuah persembahan tetapi untuk memberikan sesuatu yang lebih bermakna,” katanya.

anuar zain 1
Peminat yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar secara 'selfie'.

Malah dia juga menganggap persembahan itu bukan sahaja sekadar hiburan sebaliknya dapat merapatkan silaturahim di antara satu sama lain.

Persembahan sempena minggu setiausaha ini sepatutnya diadakan pada 8 April lalu tetapi terpaksa ditangguhkan pada 29 April sebagai menghormati tragedi pesawat MH370 yang dipecayai hilang di Lautan Hindi.

Ia juga merupakan acara termahal Anuar apabila tiket menyaksikan persembahannya dijual dari RM843 sehingga RM1,383.

Pada kosertnya sebelum ini  iaitu  ‘Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’ di Stadium Malawati, Shah Alam, dekat sini pada 16 Februari 2013, beliau mengenakan tiket sehingga RM698.
Tags / Kata Kunci: Anuar Zain , Selfie , Minggu Setiausaha

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan