Dituduh Jadi Penghasut Calarkan Imej Ainul Aishah

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 12:37 AM

Ainul Aishah akan kembali aktif dan emenrima beberapa tawaran berlakon semula selepas setahun berehat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah  terkilan apabila dikatakan mempunyai masalah dengan sebuah akhbar dan hanya memilih media tertentu sahaja untuk menerima tawaran ditemubual.


Malah Ainul, 29, turut terkejut apabila dikatakan telah menghasut rakan artis lain supaya tidak bekerjasama dengan akhbar berkenaan.

"Ini fitnah, saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana media, apatah lagi untuk menghasut artis lain agar tidak bekerjasama dengan sesebuah akhbar.


"Selama ini saya tidak pernah kisah untuk bekerjasama dengan mana-mana penerbitan pun untuk sesi fotografi. Saya sedar tahap saya di mana untuk berbuat demikian," katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Ainul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu kononnya dia memilih akhbar-akhbar tertentu untuk menjalani sesi fotografi.

Dia dilaporkan bersikap sedemikan kerana akhbar berkenaan dikatakan tidak menganjurkan apa-apa anugerah yang boleh mengangkat nama seseorang artis.

Ainul berkata, sudah hampir setahun dia tidak menerima sebarang perlawaan untuk mengadakan sesi fotografi berikutan keputusannya untuk berehat daripada dunia hiburan.

"Saya pelik juga, kenapa timbul berita itu sedangkan saya sudah lama tidak dipanggil untuk fotografi kerana saya tiada cerita.


"Saya tidak aktif selama setahun ini kerana sibuk dengan perniagaan biskut dan menolak tawaran berlakon buat sementara waktu," katanya.

Tambah Ainul, khabar angin tersebut boleh menjejaskan imej dan persepsi buruk masyarakat dan media terhadapnya.

Bagaimanapun, kata Ainul, pada tahun ini, dia kembali aktif dan menerima beberapa tawaran drama berikutan perniagaan biskut Ainul  A Cookies sudah mempunyai pekerja.

Dia akan aktif sehingga projek terbaharu yang dirancang untuk perniagaan biskut itu terlaksana.

"Saya ada team untuk bisnes ini, dan sekarang kami sedang merancang untuk buka sebuah kedai tetapi dalam proses lagi.

"Oleh itu, saya kembali ambil tawaran berlakon semula sementara team saya sibuk dengan persiapan bagi mengembangkan perniagaan itu," katanya.

Dalam perkembangan terbahru lain, Ainul baharu sahaja muncul dengan telefilem Toll Gate Asmara bagi siaran slot cerekarama di TV3.

Tags / Kata Kunci: Ainul Aishah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan