Adi Putra Belajar Bahasa Arab, Buka Syarikat Pakej Umrah

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 12:02 AM

vrege

Adi mengambl langkah menguasai Bahasa Arab bagi melancarkan perniagaannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra merancang mengambil kursus bahasa Arab bagi melancarkan perniagaannya dalam bidang pengurusan mengendalikan pakej   umrah iaitu Hadid Travel & Tours yang ditubuhkan sejak awal tahun lalu.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 33, menyifatkan penguasaan bahasa Arab amat penting dalam perniagaannya memandangkan dia perlu berurusan dengan orang Arab yang kebanyakannya kurang fasih berbahasa Inggeris.

"Kadang-kadang apabila mahu berurusan dengan pihak syarikat di negara tersebut, rasa macam ayam dan itik pula bercakap.

"Hal itu membuatkan saya susah mahu berkomunikasi dengan mereka dan saya berpendapat ia sedikit sebanyak membuang masa kita yang mahu bekerja secara pantas dan efisyen," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, tambah Adi, walaupun ramai yang beranggapan sebagai selebriti, ia lebih memudahkan mereka dalam menjalani perniagaan kerana nama mereka yang sudah dikenali namun tidak baginya.

Kata pelakon teater Di Bawah Lindungan Kaabah ini, popularitinya langsung tidak membantu kerana dia menjalinkan kerjasama dengan syarikat negara luar yang tidak tahu langsung siapa itu 'Adi Putra'.

"Ramai ingat artis seperti saya, nak berniaga senang. Tetapi sebenarnya tidak. Orang Malaysia sahaja yang kenal saya tetapi orang Arab manalah nak kenal saya.

"Jadi saya perlu memulakan perbiagaan daripada bawah dan setakat ini saya masih belum boleh katakan yang perniagaan saya ini sudah sukses. Bagaimanapun ia sedang menuju ke arah itu, Alhamdulillah." ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Adi Putra , Umrah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan