"Buat Filem Indonesia Lebih Untung" - Mahathir Mahideen

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 12:13 AM

fyjutfr

Mahadhir lebih yakin menerbitkan filem Indonesia kerana pulangannya yang lebih besar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Produser filem tempatan, Datuk Mahadhir Mahideen menganggap, menerbitkan filem Indonesia lebih mendapat untung berbanding menerbitkan filem negara sendiri.

Mahadhir berkata, ini kerana, industri perfileman tempatan sukar dijangka dan perkara itu membuatkan dia tidak berani mengambil risiko di mana berkemungkinan besar akan mengalami kerugian.

“Jangan ingat saya membenci industri perfileman tempatan pula. Cuma apa yang saya lihat,  di Indonesia mempunyai lebih 290 juta jumlah penduduk. Dan saya hanya mengharapkan satu peratus daripada jumlah itu menonton filem saya.

“Dan ia sekali gus memberikan pulangan yang besar secara tidak langsung. Tetapi, apabila menerbitkan filem tempatan pula, belum tentu saya dapat pulangan modal,” katanya.

Mahadhir ditemui pada majlis pelancaran filem terbitannya,  Sang Pemberani di Cathay Cineleisure di sini  pada Khamis.

Tambah Mahadhir, keadaan itu membuatkan dia mahu lebih fokus dalam penerbitan filem Indonesia buat masa ini. Malah dia ingin mendapat kerjasama dengan pelbagai pengarah profesional negara itu dengan kerjasama pembagai bintang filem.

jtfrur
Salah satu babak dalam filem Sang Pemberani.

Sementara itu, Sang Pemberani merupakan filem terbitan pertama Mahathir di bawah syarikat Mafi Comm Resourses Sdn Bhd yang diarahkan oleh Reza Surianegara.

Filem itu dibintangi sepenuhnya oleh bintang-bintang Indonesia iaitu Reza Hariyadi, Artika Sari Devi, Tio Pakusadewo, Ibrahim Imran, Edwin, Willy Dozan, Dayat Simbaia dan Ridwan Mukri.

Sang Pemberani merupakan filem mengenai semangat kental seorang kanak-kanak bernama Madi yang mengejar impian untuk menjadi seorang pelawan seni mempertahankan diri karate.

Dalam pada itu, beritahu Mahadhir, filem yang menelan belanja RM6 Juta itu juga bakal ditayangkan di Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Kiranya filem ini akan disiarkan di lima negara termasuklah Indonesia dan Malaysia. Malah pengisiannya akan sedikit berbeza mengikut negara masing-masing berdasarkan kepada kesesuaian penonton.

“Sebagai contoh, ada beberapa babak yang ditayangkan di Indonesia tiada dalam tayangan Malaysia. Dan tayangan di Jepun pula lebih menunjukkan  pengisian budaya negara tersebut,” ujarnya.

Filem ini bakal ditayangkan di Indonesia pada 22 Mei depan. Bagaimanapun, tarikh tayangan di Malaysia masih belum ditetapkan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan