Isu Rampas Suami Orang, Hanez Suraya Mohon Tarik Diri Jadi Duta Aura White

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 4:34 PM

mijihh
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya sebagai duta produk kecantikan Aura White  gara-gara kontroversi percintaannya dengan suami orang.

Bagaimanapun pelakon itu tidak pernah digugurkan sebagaimana diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

Pegawai pemasaran produk itu, Nurul Lina memberitahu, Hanez sendiri yang telah memohon untuk menghabiskan baki kontrak enam bulan yang diikat sejak Disember lalu tanpa mahu memperbaharuinya.

"Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia mengundur diri. Kami faham dengan situasinya.

"Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Sebuah akhbar pada Selasa menerusi ruangan pojok melaporkan Hanez Suraya tidak akan menyambung kontrak dengan produk kecantikan Aura White gara-gara kontroversi dia bercinta dengan suami orang selain turut mempunyai masalah disiplin.

reyer
 Amyra Rosli

Gara-gara kontroversi itu juga, Aura White dilaporkan turut terkena tempias  apabila jualan produk itu terus jatuh merudum.

Dalam pada itu Nurul berkata  produk itu menjadi lebih popular dan jualan semakin meningkat selepas kontroversi berkenaan.

Hanez yang dihubungi mStar Online  pula enggan memberi komen berhubung hal berkenaan.

Sementara itu, pelakon baharu, Amyra Rosli pula dikatakan akan menggantikan Hanez sebagai duta produk berkenaan memandangkan wanita itu menepati ciri-ciri penuh sebagai duta Aura White.

Tags / Kata Kunci: Hanez Suraya , Amyra Rosli , Aura White

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan