'Ceria Popstar' Tampilkan Artis Popular Tarik Perhatian Penonton

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 12:08 AM

erytruxdgs

Antara peserta yang hadir pada sesi uji bakat Ceria popstar di Paradigm Mall. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program Ceria Popstar musim kedua akan menampilkan barisan juri dan tenaga pengajar daripada kalangan selebriti popular bagi menarik perhatian penonton menyaksikan program tersebut.

Antara artis yang terlibat termasuklah, Datuk AC Mizal dan Zizan Razak sebagai juri tetap manakala tenaga pengajarnya ialah Hazama, Sleeq, Waris dan Alyah.

Penerbitnya, Irwan Rauf bagaimanapun berkata, selebriti popular yang dipilih itu merupakan nama besar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang muzik serta industri hiburan tempatan.

"Diakui, pihak kami menggunakan khidmat selebriti popular dalam Ceria Popstar sebagai tarikan.

"Tetapi mereka bukanlah sekadar popular semata-mata, sebaliknya kami pilih artis yang berpengalaman luas dan berjaya di bidang seni dan saya percaya mereka antara yang layak," katanya kepada mStar Online.

Irwan ditemui pada sesi ujibakat kedua Ceria Popstar di Paradigm Mall, di sini, pada Ahad.

Hazama dan Waris antara selebriti yang akan menjadi tenaga pengajar Ceria Popstar musim kedua. 

Tambah Irwan, pemilihan artis popular itu juga dibuat bagi memberi semangat dan inspirasi kepada peserta untuk menjadikan selebriti yang terlibat sebagi idola masing-masing.

Dalam pada itu, seperti musim terdahulu,  Nabil Ahmad akan bertindak sebagai hos manakala pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi akan menggalas tanggungjawab sebagai penaung program tersebut.

Selain itu, Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir turut  terlibat sebagai juri jemputan.

Sementara itu, kira-kara seramai 500 peserta berusia bawah 15 tahun hadir menjalani uji bakat  ketiga di Paradigm Mall.

Terdahulu, uji bakat telah berlangsung di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru (22 Mac 2014) dan Hotel Vistana, Pulau Pinang, pada 12 dan 13 April lalu.

Seramai lapan peserta terbaik akan dipilih dan program itu akan bersiaran selama 10 minggu. Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hadiah RM15,000 dan RM10,000.

Salah seorang peserta cilik yang mencuba nasib ketika sesi uji bakat yang diadakan di Paradigm Mall pada Ahad.

"Untuk musim kedua ini, pemenang tidak akan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya mereka akan dibantu menerusi perancangan yang disediakan dalam mengembangkan bakat seni mereka dalam industri hiburan negara.

"Mereka turut diberi peluang merakamkan single lagu dan klip video sebagai langkah pertama mempromosikan diri kepada umum," ujar Irwan.

Ceria Popstar bakal bersiaran setiap hari Jumaat bermula 9 Mei ini pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Astro Maya HD (135).

Tags / Kata Kunci: Ceria Popstar , Irwan Rauf , Astro Ceria

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan