"Saya Beli Kain Sutera" - Elfira Loy Jawab Ditipu Peniaga India

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 1:00 AM

wqr

Elfira Loy Anggap pembelian kain sheingga mencecah RM20,000 adalah berbaloi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy menjelaskan keputusannya membeli pelbagai jenis kain sehingga ia mencecah RM20,000 ketika melancong ke Kochi, India baru-baru ini adalah sesuatu yang berbaloi.

Elfira, 20, berkata, isu dia dikatakan telah diperdaya oleh peniaga kain di bandar itu selain dilihat membazir oleh segelintir pihak tidak sepatutnya menjadi persoalan kerana dia mengetahui nilai setiap fabrik yang dijual.

"Saya pun tidak tahu nak komen apabila ada orang cakap begitu saya kena tipu. Ini kerana nilai RM20,000 bukan kain yang sikit, tetapi saya beli kain sehingga tiga buah beg.

"Jadi saya rasa ianya berbaloi lebih-lebih lagi ia digunakan untuk kerja," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.

Elfira yang kini berada di Bali, Indonesia diminta mengulas komen segelintir pihak yang mengatakan dia ditipu peniaga di India selepas kisahnya berbelanja sehingga RM20,000 untuk membeli fabrik mewah disiarkan mStar Online pada Khamis lalu.

Malah Elfira turut dikecam apabila beberapa peminatnya mengatakan dia terlalu boros berbelanja.

Sementara itu, Elfira memberitahu, kebanyakan kain yang dibelinya merupakan fabrik daripada benang sutera.

"Boleh dikatakan kebanyakan kain semuanya daripada sutera dan bagi saya harga yang ditawarkan kepada saya benar-benar berbaloi," ujarnya.

Difahamkan, nilai harga kain sutera dari India yang dijual di negara ini bagi setiap pasang boleh mencecah dari RM500 sehingga RM10,000 bergantung jenis kain itu sendiri.


Tags / Kata Kunci: Elfira Loy , Kochi India , RM20 , 000

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan