Judika Sukar Hasilkan Lagu Sedih

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 12:13 AM

judika

Judika

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Judika menjelaskan sukar baginya untuk mencipta lagu-lagu sedih kerana ketika ini dia sedang melayari kehidupan bahagia bersama isteri tercinta Duma Riris Silalahi yang dikahwininya pada 31 Ogos tahun lalu.

Judika atau nama sebenar Judika Nalon Abadi Sihotang, 36, berkata, dia lebih selesa membuat lagu-lagu berunsurkan kebahagiaan.

"Dulu saya buat lagu sedih dan derita kerana saya sedang melalui saat-saat itu yang mana percintaan kami terhalang.

"Namun selepas lagu Sampai Akhir, saya akhirnya berkahwin dengan Duma dan penderitaan saya juga berakhir.

“Seandainya saya ingin buat lagu sedih saya akan merujuk kepada persahabatan atau pengalaman rakan-rakan lain," katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Judika ditemui pada majlis pertandingan karaoke lagu-lagu Judika di Red Box Ria, di sini.

judika 2
Judika bakal mengadakan persembahannya di KL Live pada malam ini.


Penyanyi dari Indonesia itu berada di Malaysia bagi mengadakan konsert pertamanya di KL Live, Jalan Sultan Ismail di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Judika yang bakal menimang cahaya mata mengakui teruja dan sibuk dengan kelengkapan bagi menyambut bayi pertamanya itu.

"Isteri saya sudah mengandung tiga bulan dan kini dia sedang mengalami muntah-muntah.

"Saya dah sedia dengan kelengkapan bayi dan kami juga bakal berpindah ke rumah sendiri tidak lama lagi," katanya.

Tambah Judika, dia turut berasa serba salah kerana tidak dapat menjaga isterinya kerana sibuk dengan pelbagai undangan nyanyian.

"Kasihan juga kerana terpaksa meninggalkan dia sendiri di rumah dalam keadaan dia yang sering pening kepala dan tidak sihat.

"Namun saya bersyukur kerana dia sangat memahami dan tidak menghalang kerjaya saya," katanya.

Tambah Judika, dia turut berasa pelik apabila isterinya meminta pelbagai jenis makanan terutamanya makanan pedas sejak disahkan hamil. 

 

Tags / Kata Kunci: Judika

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan