"Tiada Komen" - Jawapan Pekin Mengenai Uqasha Senrose

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 12:11 AM

Pekin enggan mengulas mengenai keretakan hubungannya dengan Uqasha Senrose.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim mengambil pendekatan untuk terus berdiam diri daripada mengulas mengenai status hubungannya dengan aktres Uqasha Sensore yang kecoh dengan kontroversi sebelum ini.

Pekin, 34, berkata, dia tidak mempunyai sebarang ulasan mengenai perkara tersebut dan berharap semua pihak faham dengan situasi yang dihadapinya.

"Sesiapa juga yang bertanya mengenai hubungan saya dengan Uqasha, jawapan saya hanya satu iaitu 'tiada komen'. Ia adalah perkara terakhir yang ingin saya perkatakan buat masa ini," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Pekin berkata, kehidupannya kini lebih tenang dan tumpuan hanya diberikan kepada kerjayanya sebagai pelakon.

Jelas Pekin, dia tidak mahu membebani fikirannya dengan perkara remeh sehingga menjejaskan periuk nasinya dalam bidang seni.

"Fokus saya buat masa ini pada kerjaya dan perkara-perkara lain biarlah saya sendiri yang tahu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Pekin berkata, pada tahun ini dia lebih banyak memberikan tumpuan kepada lakonan filem berbanding drama dan bakal muncul dengan beberapa projek baharu.

Pekin dan Uqasha ketika menghadiri sebuah majlis pada pertengahan Februari lalu.

"Alhamdulillah rezeki berlakon filem tahun ini cukup banyak dan itu bukan bererti saya tidak mahu lagi menerima tawaran berlakon drama.


"Saya masih terima beberapa tawaran drama tetapi lebih selektif kerana jadual yang agak padat," katanya.

Tambahnya, tahun ini dia akan tampil dengan beberapa buah filem seperti Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, Vila Nabila dan Tujuh.

Sementara itu, bercakap mengenai filem terbaharunya, Apokalips X, Pekin berkata, wataknya dalam filem berkenaan adalah satu eksperimental yang belum pernah diterokainya.

Kata Pekin, selain dialog, dia lebih banyak memberikan tumpuan kepada ekspresi wajah dan memberikan emosi kepada watak yang dilakonkan.

"Ini adalah sebuah filem berbeza yang pernah diarahkan oleh Mamat Khalid dan ia memberi saya peluang untuk menerokai sisi lain diri saya sebagai pelakon," jelasnya.

Apokalips X yang mula ditayangkan sejak 3 April lalu menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Dazrin Kamaruddin, Adam (AF2) dan Jehan Miskin.
Tags / Kata Kunci: Pekin Ibrahim , Uqasha Senrose.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan