Dafi Bakal Bekerjasama Dengan Ahmad Dhani

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 12:13 AM

ftyrthdty

Dafi mengembangkan bakat nyanyian di Indonesia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Dafi bakal mengembangkan kerjaya nyanyiannya selepas berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan komposer popular Indonesia, Ahmad Dhani.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berkata, dia telah ke negara seberang itu untuk berjumpa dengan Dhani bagi membuat perbincangan mengenai penghasilan lagu.

"Sebenarnya saya telah berbincang dengan beberapa komposer. Tetapi sudah lama saya ingin bekerjasama dengan Dhani kerana latar belakang muzik hebat yang dimilikinya.

"Apabila berbincang mengenai konsep lagu yang ingin saya ketengahkan, dia cakap okey. Cuma perkara ini masih belum disahkan sepenuhnya.

"Kami perlu membuat perbincangan lagi sebelum memutuskan untuk bekerjasama," katanya kepada mStar Online.

Tambah Dafi, dia turut merancang untuk mengembangkan bakat nyanyian di Indonesia dan penglibatannya bersama Dhani mungkin sedikit sebanyak dapat memperkenalkan diri kepada masyarakat negara itu.

wtw3
Dhani akan menghasilkan lagu khas buat Dafi. Foto milik Kapanlagi.
Lebih-lebih lagi Dafi pernah membina nama menerusi lagu Sempurna yang dinyanyikan bersama Gita Gutawa yang lebih memudahkannya mengukir nama dalam industri muzik Indonesia.

Sementara itu, Dafi berkata, walaupun sudah lama melibatkan diri dalam industri hiburan tempatan, popularitinya masih kurang memberangsangkan.

Bagaimanapun dia tetap tidak akan menyerah kalah dan akan berusaha sehingga benar-benar berjaya dalam bidang seni.

"Saya tahu orang selalu cakap nama saya belum kuat mana seperti penyanyi-penyanyi popular lain tetapi itu tidak menghalang saya untuk terus berusaha," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dafi bakal melibatkan diri dengan teater Di Bawah Lindungan Kaabah bersama  Adi Putra, Nasha Aziz, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah, Yasmin Hani dan Dayana Roza.

Teater tersebut diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir dan bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.

Harga tiket serendah RM30 hingga RM200 boleh dibeli dengan melayari  www.AirAsiaRedTix.com.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan