Universiti Malaysia Kelantan Tubuh Syarikat Produksi Monsun

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 12:59 AM

Abu Hassan Hasbullah (dua dari kanan) bercerita mengenai penubuhan Monsun.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menubuhkan sebuah syarikat produksi bagi tujuan mengembangkan bakat keusahawanan pelajar di bidang kreatif industri perfileman tempatan.

Menurut Dekan FTKW, Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah, syarikat yang diberi nama Monsun Produksi itu akan memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dan merasai pekerjaan sebenar dunia kreatif perfileman.

"Sudah tiba masanya pelajar-pelajar ini menimba ilmu secara praktikal.

"Pihak kami mahu mereka bekerja setaraf penggiat filem profesional sekali gus mampu memasarkan produk mereka," katanya.

Abu Hassan ditemui pada pelancaran Monsun Produksi di Perbadanan Kemajuan Filem Negara (Finas) di sini pada Jumaat.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dan Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.

Tambah Abu Hassan, menerusi Monsun Produksi, pelajar-pelajarnya kini sedang menyiapkan sebanyak tiga buah filem berjudul Guruh, Kemarau dan Monsun termasuklah penubuhan sebuah kumpulan muzik bernama Monsun.

"Penghasilan empat produk ini menunjukkan pelajar-pelajar ini setaraf dengan penerbitan-penerbitan filem komersial tempatan.

"Selain itu, pencapaian ini juga sebagai bidang ilmu buat para pelajar meliputi produksi filem,muzik, animasi dan media interaktif,"ujarnya.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan