Ayu & Keluarga Bantu Pulihkan Masalah Dadah Radhi (OAG)

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 1:01 AM

Radhi OAG

Radhi mengharapkan kebahagiaan buat perkahwinan keduanya ini.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Radhi (OAG) amat bersyukur bertemu jodoh dengan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, kerana mempunyai semangat tinggi dalam membantunya mengubah hidup untuk   bebas daripada najis dadah.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 37, berkata, sejak berkenalan dengan Ayu, dia yakin wanita muda itu mampu menjadi tulang belakangnya dalam segala hal.

"Kalau nak tahu, saya masuk ke Pusat Pemulihan Pengasih pun kerana Ayu. Kata-katanya pada saya ketika itu telah membuka mata dan hati untuk terus memulihkan diri.

"Alhamdulillah selepas setahun, saya hampir sembuh dan sehingga kini Ayu menjadi tulang belakang saya untuk bersih daripada dadah," katanya.

Radhi dan Ayu sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis serba ringkas yang di adakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat. Bagaimanapun pasangan itu belum merancang mengadakan majlis resepsi dalam masa terdekat.



Radhi bersama anaknya dan juga isteri. Kredit gambar: Rotikaya

Tambah Radhi, keterbukaan Ayu menerima kisah-kisah silamnya membuatkan dia bersyukur kepada Tuhan kerana diberi seorang isteri yang memahami.

"Alhamdulillah, perkahwinan kedua ini memberi seribu makna. Ayu ibarat  segala-galanya bagi saya. Dialah tulang belakang saya dan dia juga pembantu saya dalam pengurusan kerjaya nyanyian dan perniagaan.

"Diharap kisah silam lama menjadi pengajaran untuk saya berubah kepada seorang lelaki yang lebih baik buat Ayu," ujarnya.|

Sementara itu, Ayu pula berkata, dia juga bersyukur kerana keluarganya menerima Radhi tanpa melihat latar belakang silam penyanyi itu selain turut membantu memulihkan Radhi daripada ketagihan dadah.

"Perkara pertama sekali (untuk berkahwin) semestinya kita perlu mendapat restu kedua-dua ibu bapa. Alhamdulillah mereka terima Radhi seadanya.

"Malah ayah saya juga pernah membawa Radhi ke pusat rawatan tradisional  untuk menyembuhkan masalah ketagihannya itu sebelum dibawa ke Pengasih.

"Tidak sangka, akhirnya kami disatukan walaupun pelbagai cabaran yang dilalui. Alhamdulillah," tuturnya.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Ayu dan  kedua buat Radhi.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Shazlin Sharif, 35,  Radhi dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 8 tahun.
Tags / Kata Kunci: Radhi OAG , OAG , Dadah , Nur Shahira Ayu Zahiri

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan