Nikah 2 Mei, Misha Omar Mula Edar Kad Kahwin

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 4:30 AM

Misha akan menamatkan zaman bujangnya pada 2 Mei ini dengan juruterbang MAS, Firos Ezzwan Rossly.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei depan.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia dan pasangannya sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

"Kad kahwin sudah pun diedarkan bermula hari ini (Sabtu). Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam.

"Kedua-dua majlis itu akan berlangsung di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Misha ditemui pada sidang media khas mengumumkan tarikh perkahwinannya itu di Holy Smoke cafe di sini pada petang Sabtu. Turut hadir, tunangnya, Firos bersama pengurus yang juga merupakan kakak Misha, Mimie Omar.

Majlis resepsi di pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Terdahulu Misha berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.
Tags / Kata Kunci: Misha Omar , Kahwin , juruterbang MAS , 2 Mei

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan