Shahriza Mahmud Sukar Lupakan Kisah Ditinggalkan Suami 4 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 12:45 AM

setwq3

Digantung tidak bertali kisah silam jadi igauan dalam diri Shahriza.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peristiwa digantung tidak bertali selama empat tahun antara pengalaman pahit yang tidak akan terpadam dalam kamus hidup pelakon Shahriza Mahmud.

Shahriza, 48, berkata, perkahwinan pertamanya dengan seorang pekerja produksi pada tahun 1996 yang dibina atas dasar suka sama suka itu menjadi mimpi ngeri apabila suami tersayang tidak pulang ke rumah seminggu selepas mereka diijabkabulkan.

“Sepanjang perkahwinan itu, saya tidak sempat melalui rasa bahagia sebagai pasangan suami isteri sedangkan kami sudah bercinta selama sembilan tahun.

"Seminggu selepas perkahwinan, bekas suami saya sibuk dengan urusan penggambaran drama dan sejak itu dia tidak balik ke rumah. Macam-macam cerita yang saya dengar kononnya dia mempunyai skandal di luar dan saya tidak endah dengan kata-kata orang kerana mempercayainya.

“Tidak lama kemudian barulah saya tahu bahawa dia sudah mempunyai orang lain. Perit rasanya masa itu. Saya diceraikan selepas empat tahun empat bulan perkahwinan kami. Itu pun atas permintaan isteri keduanya itu," katanya kepada mStar Online ketika ditanya mengenai kisah silamnya yang sukar dilupakan.

Tambah Shahriza, kejadian itu memberikan pengajaran besar buatnya untuk tidak memberikan kepercayaan kepada lelaki  100 peratus kerana dia risau pengalaman itu mungkin akan berulang lagi.

sdrgwe
Shahriza dan Saddiq berkahwin pada 2011.

Dalam pada itu ramai yang menganggap pelakon yang popular dengan drama bersiri Pendekar itu serik dengan perkahwinan, sebaliknya ia tidak seperti yang disangka kerana dia masih mengharapkan lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan.

"Ingatkan saya akan hidup solo sepanjang hayat tetapi tidak sangka pula Allah jodohkan saya dengan seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab iaitu Saddiq Raffali (33 tahun) dan kami berkahwin pada tahun 2011.

"Biarpun dihantui kisah silam, memang saya teringin melalui alam rumah tangga tetapi saya anggap jodoh belum sampai dan Alhamdulillah Saddiq telah menyempurnakan hidup saya.

"Keikhlasan hati Saddiq untuk mengahwini saya  walaupun kami berbeza usia 15 tahun amat menyentuh hati saya.

“Saya yakin dapat hidup bahagia sehingga ke akhir hayat bersamanya yang membuatkan saya terima lamaran dia ketika itu. Cuma kami belum mempunyai rezeki anak lagi ketika ini," ujarnya.

Saddiq merupakan abang kepada penyanyi Ana Raffali.

 

Tags / Kata Kunci: Shahriza Mahmud , Saddiq Raffali

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan