Radhi (OAG) & Nur Shahira Selamat Bernikah

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 10:54 AM

Radhi OAG Nikah

Radhi sah bergelar suami kepada Nur Shahira Ayu Zahiri dengan sekali lafaz.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Radhi (OAG) sah bergelar suami kepada model sambilan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, dengan sekali lafaz dalam satu majlis serba ringkas yang di adakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat.

 

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 10.30 pagi disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negeri,  Ustaz Mohd Firdaus Subhi.

Pada majlis itu Radhi atau nama sebenarnya  Muhammad Radhi Razali, 37,  menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 manakala wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada pengantin perempuan.

Pihak lelaki turut memberikan 12 dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, produk kesihatan, sirih junjung, kek dan cincin.

Ia dibalas 14 dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, dompet dan tali pinggang, sejadah dan cincin.

sawq
Anak radhi, Muhammad Rifdhi Muslim turut hadir ke majlis pernikahannya.

Sebelum akad nikah, majlis merisik dan bertunang dijalankan sebagai menyempurnakan adat Melayu.

Kedua-dua mempelai kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih.

Radhi yang ditemui selepas majlis akad nikah melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan. Saya harap dapat membimbing isteri ke arah kebaikan bersama.

"Saya rasa hidup ini lebih sempurna dan berazam untuk menjadi suami yang baik, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Ayu dan yang kedua buat Radhi dan penyanyi itu turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim, 8 tahun hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan Shazlin Sharif, 35 pada tahun 2005.

Tags / Kata Kunci: Radhi , OAG , Nur Shahira Ayu Zahiri.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan