Julfekar Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 4:07 PM

Nurul Yasmin Abdul Aziz atau Min Yasmin kini bergelar isteri kepada komposer Julfekar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Komposer Julfekar sah bergelar suami kepada penyanyi Nurul Yasmin Abdul Aziz atau Min Yasmin, 25, dengan sekali lafaz dalams atu majlis di Masjid Kota Damansara, di sini, pada Jumaat. 

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 3.40 petang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Kota Damansara, Mohd Arip Johdi. 

Min Yasmin diwalikan oleh bapanya Abdul Aziz. 

Pada majlis itu Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 49, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000, manakala wang hantaran dirahsiakan. 

Pihak lelaki turut memberikan tujuh dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, Al-Quran, kasut, kek dan cincin, 

Ia dibalas sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, dompet dan tali pinggang, sejadah, kasut, cincin, baju kemeja dan kek. 

Pasangan mempelai kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih daripada butik N'dah. 

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Julfekar dan yang pertama buat Min Yasmin. 

Komposer tersebut turut mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya terdahulu.
Tags / Kata Kunci: Julfekar , Min Yasmin , komposer

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan