Kilafairy Terima Kritikan Dibandingkan Dengan Hanez Suraya

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 12:33 AM

Kilafairy (kiri) dan Hanez Suraya akan membawakan watak yang sama iaitu Nisa dalam teater Projek Kahwin Jun depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Kilafairy sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan dan diperbandingkan lakonannya dengan pelakon pilihan pertama Hanez Suraya yang turut berlakon dalam teater Projek Kahwin. Ia bakal akan dipentaskan pada 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Bagaimanapun, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 22, berkata, sebagai pendatang baharu dalam industri hiburan, dia menganggap ia sebagai satu cabaran kepada dirinya.

"Perkara pertama ketika menerima tawaran ini ialah bersedia terima kritikan dan akan diperbandingkan dengan lakonan Hanez Suraya.

"Tetapi saya anggap ia sebagai cabaran, kalau tak bagus, saya akan cuba lagi dan perbetulkan kesilapan pada masa akan datang," katanya kepada mStar Online.

Katanya, dia turut mengakui menerima tawaran untuk beraksi di pentas Istana Budaya sebagai satu peluang dan landasan untuknya lebih dikenali.

Dia turut mengakui, teater ini juga sebagai laluan untuk dia belajar tentang tarian, vokal dan lakonan melalui kelas yang dianjurkan pihak produksi Mask Team.

"Boleh dikatakan ini rezeki saya paling besar dan serius tahun ini. Lagipun bukan senang pendatang baru seperti saya ini untuk berada di Istana Budaya,

"Oleh itu juga, saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju berlakon dalam teater ini," katanya.

Kilafairy bakal tampil dengan watak Nisa dalam pementasan teater tersebut mulai 6 Jun hingga 11 Jun 2014. Sementara pelakon Hanez Suraya yang memengang watak yang sama akan beraksi dalam empat pementasan terakhir iaitu pada 12 hingga 14 Jun 2014.

Teater Projek Kahwin arahan Muhammad Azri Ali mengupas tentang isu perkahwinan di Malaysia di sudut positif dan negatif.Teater ini turut dibintangi Izzue Islam serta dijayakan barisan pelakon seperti Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad, Zulin Aziz Fazleena Hishamuddin dan Kaka Azraff.

Sementara itu, Kilafairy berkata dia tidak berasa bersalah apabila diminta menggantikan tempat Hanez Suraya berikutan pelakon wanita itu pada awalnya membuat keputusan menarik diri.

"Saya difahamkan yang Hanez mulanya mahu tarik diri dan barulah saya ditawarkan untuk watak tersebut. Jadi saya tidak ada rasa bersalah. "Saya juga tidak anggap ia sebagai beban, InsyaAllah saya akan berikan lakonan yang terbaik," katanya.

Dalam perkembangan lain, anak kepada penyanyi Rohana Jalil kini sibuk dengan perniagaan butik dan menguruskan studio fotografinya. 

Dia juga bakal merakamkan single keduanya tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Kilafairy , Hanez Suraya , Projek Kahwin , Mask Team

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan