Rebut Tiket Percuma AirAsia Dalam #mstarvip

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 12:00 AM

mstarvip logo

Sertailah segera peraduan #mStarvip

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan tambang rendah AirAsia bersetuju memberikan tiket penerbangan sempena pelancaran wajah baharu mStar Online yang bakal berlangsung di Alexis Garden, Mid Valley dekat sini pada 17 April ini.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad iaitu Edd Razhe berkata,  tiket-tiket berkenaan membabitkan destinasi popular laluan syarikat penerbangan tersebut iaitu Medan, Jakarta, Bangkok, Singapura dan Guangzhou (China).

“Setiap pemenang tiket ini boleh membawa pasangan masing-masing ke lima destinasi terpilih bagi perjalanan antarabangsa yang merupakan laluan popular atau ‘hot’ syarikat penerbangan kami,” katanya kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Tambahnya, ia juga sebahagian daripada tanda sokongan syarikat penerbangan itu kepada portal ini yang banyak membantu pihaknya mempromosikan destinasi-destinasi terpilih AirAsia.


edd razhe
Edd Razhe





Dalam pada itu para pembaca dialu-alukan merebut peluang untuk menjadi 20 VIP bersama-sama selebriti popular bagi meraikan pelancaran mStar Onlie berwajah baharu yang bakal dianjurkan menerusi peraduan #mstarvip.

Daripada 20 peserta bertuah itu, lima di antara mereka  bakal dipilih sebagai pemenang bertuah yang bakal membawa pulang tiket-tiket penerbangan berkenaan secara percuma.

Bagi menyertai peraduan #mstarvip ini, anda perlulah mempunyai akaun Intagram dan hendaklah mengikut cara-cara berikut.

1. Jadi pengikut mStar Online menerusi akaun mstardotcomdotmy.

2. Ambil gambar anda dengan stail ‘Summer Chic’.

3. Tuliskan kapsyen yang menarik dan ‘comel’ mengenai stail anda dalam Instagram anda.

4. Hantarkan ia kepada kami menerusi hastag #mstarvip

5. Pelakon Fazura dan pereka fesyen Rizman Ruzaini akan memilih gambar dan kapsyen paling menarik.

6. Pihak kami akan menghubungi anda untuk sama-sama sertai pelancaran wajah baharu mStar Online.

7. Tarikh tutup peraduan pada 6 April 2014.

8. Maklumat lajut layari: http://peraduan.mstar.com.my/index.html 


 

 

 

 

 

Tags / Kata Kunci: #mstarvip , Fazura , Peraduan , AirAsia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan