Istana Budaya Sediakan Polis Kawal Hanez Suraya

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 6:52 PM

Hanez Suraya dikatakan merampas suami orang

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak Istana Budaya akan melakukan kawalan ketat dan menyediakan polis berpakaian biasa (preman) sepanjang pementasan teater Projek Kahwin yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 6 hingga 14 Jun depan.

Ketua Pengarah Istana Budaya,  Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, tindakan itu berikutan langkah berjaga-jaga terhadap beberapa ugutan yang diterima pelakon   Hanez Suraya yang dibuat oleh segelintir individu selepas dia dikatakan merampas suami orang.

"Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

"Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan," katanya pada sidang media Teater Projek Kahwin, di Istana Budaya, Selasa.

Teater Projek Kahwin akan mengekalkan pelakon wanita Hanez Suraya untuk empat hari pementasan iaitu 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 akan dilakonkan oleh Kilafairy.



Hanez (kanan) bersama Kilafairy.
Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, kontroversi rampas suami orang yang menimpa pelakon itu tidak akan menjejaskan penonton yang bakal hadir menyaksikan pementasan tersebut.

 

Malah katanya, insiden itu secara tidak langsung memberi promosi awal yang besar kemungkinan mampu membuatkan penonton tertarik menyaksikan pementasan berkenaan.

Dalam pada itu, penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, keputusan pihaknya menolak hasrat Hanez untuk tarik diri daripada projek berkenaan  dibuat secara bersama dengan pihak Istana budaya.

"Hanez menyatakan hasrat untuk menarik diri selepas kontroversi tersebut, namun bila perbincangan dilakukan kami bersetuju untuk kekalkan dia dan menambah pelakon baru iaitu Kilafairy.

"Kita melihat ini sebagai kelainan apabila satu watak dilakonkan oleh dua pelakon berbeza, secara tidak langsung sebagai strategi promosi teater ini," katanya.

Katanya, pemilihan Kila pula berikutan perwatakannya yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan watak Nisa dalam teater itu.

Dalam pada itu, dia turut menafikan masalah ketiadaan penaja menjadi cabaran utama apabila mengekalkan pelakon wanita tersebut.

"Kita tidak ada masalah daripada segi tajaan, setakat ini ramai juga yang tampil untuk memberi tajaan kepada Projek Kahwin ini," katanya.

Sementara itu, Hanez berkata, keputusan penarikan diri dibuat berikutan tidak mahu penglibatannya akan menjejaskan produksi tersebut.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk terus menjayakan projek teater pertamanya ini.

"Pada asalnya saya tidak mahu produksi ini terjejas dengan kontroversi saya, namun mereka mahu saya teruskan juga.

"Saya memang benar-benar mahu terlibat dengan teater ini," katanya.

Teater Projek Kahwin turut menampilkan Izzue Islam, Kaka Azraf, Imam Muda Asyraf dan kumpulan Forteen.

Kontroversi mengenai Hanez Suraya mula tercetus selepas pelakon itu membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Bagaimanapun Hanez menafikan dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.



iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan