Epy Kodiang Akur Tidak Dikenali

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 12:16 PM

hjnuih

Epy Kodiang mahu mengasah bakat lakonan sebelum menjadi perhatian umum.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Epy Kodiang terpaksa akur namanya masih kurang dikenali meskipun telah melibatkan diri di persada seni tempatan sejak dua tahun lalu.

Epy atau nama sebenarnya Muhammad Hanafi Rusmadi, 22, berkata, keadaan itu membuatkan dia berusaha mengasah bakat lakonannya untuk menjadi seorang pelakon yang berkebolehan supaya lakonannya menjadi perhatian ramai.

"Saya tahu kebanyakan artis baru, mereka akan popular dalam masa setahun sahaja. Tetapi lain pula untuk saya yang belum sampainya masa lagi.

"Tidak apa, biar populariti itu diraih atas kejayaan bakat lakonan saya. Kalau nak ikutkan, Yana Samsudin pun ambil masa 10 tahun untuk popular. Begitu juga dengan Farid Kamil yang mula menjadi perhatian selepas tujuh tahun berlakon. Jadi setakat dua tahun, rasa banyak pengalaman yang perlu saya terokai sebelum menjadi perhatian," katanya kepada mStar Online.

Tambah Epy, selain lakonan, dia turut belajar mendalami kerja-kerja di belakang tabir agar lebih memahami konsep sesebuah pembikinan filem.

ery

Epy selesa dengan watak komedi.

Sementara itu, Epy mengakui setakat ini dia hanya mampu membawakan watak-watak berunsur komedi berbanding watak yang lebih serius.

Dia juga belum yakin dengan kemampuannya membawa watak tersebut kerana risau penonton mungkin tidak gemar dengan lakonanya seperti itu.

"Sebelum ini saya ada berlakon dalam Jangan Pandang Belakang Boleh?, tetapi penonton anggap saya buat lawak dalam filem itu, seolah-olah mereka belum menerima saya dengan watak serius.

"Jadi buat masa ini saya mengambil langkah hanya mengambil watak berunsur komedi. Saya tidak yakin dengan diri untuk membawa watak berat. Mungkin saya perlu mempelajari penjiwaan watak serius," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Epy bakal muncul dengan filem Kitai terbitan Metrowealth International Group (MIG).
Tags / Kata Kunci: Epy kodiang , MIG

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan