Shakilla Khoriri Diserang Peminat Kerana Watak Jahat

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 4:11 PM

Shakilla diserang oleh seorang wanita gara-gara tidak berpuas hati dengan watak jahat yang dilakonnya dalam sebuah drama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan pernah diserang oleh seorang wanita hanya kerana membenci dengan watak antagonis yang dibawanya dalam sebuah drama sebelum ini.

Shakilla, 25, berkata, ketika kejadian dia sedang sibuk melayan permintaan peminat yang ingin bergambar dengannya sebelum wanita berkenaan menyerangnya dari arah belakang.

"Wanita berkenaan menggunakan tas tangannya untuk memukul bahagian belakang badan saya namun saya tenang kerana tidak mengetahui punca sebenar dia bertindak berkenaan.

"Namun apabila dia memarahi saya dan menyebut watak dalam sebuah drama lakonan saya baru saya sedar punca dia bertindak demikian," katanya.

Shakilla bakal muncul dengan drama bersiri Aku Isterinya disamping Anzalna Nasir dan Izzue Islam yang akan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Drama arahan Fairuz Loy itu disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

Shakilla bakal muncul dengan drama terbaharunya di TV3.

Tambah Shakilla, dia tidak mengambil hati terhadap wanita berkenaan ekoran kejadian itu kerana menganggap ia perkara kecil selain memandang positif terhadap apa yang berlaku.

"Wanita itu kelihatan begitu bencikan watak yang saya bawa dalam drama itu dan itu menunjukkan lakonan saya berjaya memberi kesan kepada orang lain," jelasnya.

Sementara itu, Shakilla mengakui masih belum popular berbanding aktres seangkatannya biarpun telah bergelar anak seni sejak lapan tahun lalu.

Shakilla bagaimanapun berkata, dia bersyukur biarpun jarang mendapat publisiti namun tawaran lakonan diberikan kepadanya masih banyak.

"Alhamdulillah rezeki saya masih murah dalam bidang lakonan selepas lapan tahun menceburkan diri dalam bidang ini biarpun kurang popular dikalangan peminat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Shakilla Khoriri , Aku Isterinya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan