Karyawan Adakan Aktiviti Futsal Bersama Anak Yatim & Artis

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 4:41 PM

Presiden Karyawan, Freedie Fernandez.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan mengadakan aktiviti sukan futsal bersama anak-anak yatim dari rumah Al-Taqwa di Puchong Utama di sini pada Ahad (hari ini).

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dalam satu kenyataan berkata, pada acara itu kelab futsal iaitu Dani FC turut akan memeriahkan acara itu yang bermula pada pukul 3 petang. 

"Selain anak-anak di rumah anak yatim tersebut acara itu juga turut disertai oleh rakan-rakan artis dan media sebagai salah satu aktiviti komuniti Karyawan," katanya.

Tambah Freedie lagi, diharap dengan aktiviti berkenaan akan menerbitkan perasaan gembira kepada kanak-kanak tersebut yang kurang bernasib baik.

Malah kata Freedie, pada acara itu turut diadakan pertandingan futsal membabitkan artis, rakan media dan kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut.

"Bagaimanapun semua aktiviti yang diadakan adalah untuk suka-suka dan bersifat santai kepada yang hadir," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Karyawan , Freedie Fernandez.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan