Ali Mamak Meninggal Dunia Akibat Lukemia

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 10:01 AM

Ali menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.20 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat penyakit lukemia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak dan penyanyi veteran Datuk Ali Mamak yang terkenal menerusi sitkom 'Santan Berlada' pada era 80′an meninggal dunia pada pukul 4.20 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat penyakit lukemia.

Rakan baik Allahyarham iaitu pelakon dan pelawak Abon ketika dihubungi mStar Online berkata, Ali atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

"Pada asalnya arwah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gout yang dihidapinya tetapi kesihatannya tiba-tiba merosot sehinggalah doktor mengesahkan beliau menghidap lukemia.

"Malah beliau sempat menjalani rawatan kimoterapi sebelum mengalami pelbagai komplikasi lain akibat penyakit itu," katanya.

Sementara itu, Abon berkata, Allahyarham masih berada dalam keadaan baik pada Rabu (semalam) selain mampu bercakap dan memberikan isyarat tangan apabila ada tetamu yang datang menziarahinya.

Sebagai sahabat dia tidak menyangka Ali berada dalam keadaan kritikal kerana sebelum dimasukkan ke hospital keadaan beliau sihat selain sempat mengadakan persembahan di Melaka.

"Keadaan arwah semalam (Rabu) masih baik dan mampu memberi respon sekiranya ada tetamu datang menziarah selain masih boleh bercakap seperti biasa walaupun keadaannya lemah.

"Saya balik sebentar untuk solat Maghrib di rumah dan apabila saya kembali ke hospital keluarganya memberitahu dia sudah tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke wad CCU (Unit Rawatan Kritikal)," katanya.

Allahyarham yang juga anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun dan telah dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Selain melawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat dekat sini dan akan dikebumikan sebelun solat Zohor pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: Ali Mamak , Meninggal Dunia , Lukemia.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan